Wednesday, September 30, 2009

U-571



SINOPSIS CERITA
U-571 mengisahkan mengenai sebuah kapal selam dimana kaptan dan anak buah kaptan (tentera laut) Amerika Syarikat dipakasa berkumpul ketika waktu malam serta merta untuk melaksanakan misi sulit yang berkaitan dengan kapal selam Jerman. Misi mereka adalah atas arahan pihak penyiasatan tentera laut yang mengarahkan mereka dapatkan "taipwriter khas" dan kod rahsia "taip writer" tersebut. Misi mengejut dan tidak jangka terpaksa melaksanakan pada masa itu juga oleh mereka kerana terdapat kapal selam Jerman mengalami kerosakan enjin dan berhenti berhampiran dengan tempat mereka.
Untuk menggelakkan musuh mengetahui entiti mereka, mereka terpaksa menyamar sebagai kapal selam bantuan Jerman untuk mendapatkan kod rahsia dan "taip writer khas" Jerman. Akhirnya mereka berjaya melaksanakan misi mereka ,tetapi malang sekali kapal selam mereka diletup oleh kapal selam bantuan Jerman yang sebenar.
Daripada berpuluh-puluh tentera hanya 9 anggota tentera yang terselamat yang ketika itu mereka masih berada lagi di kapal selam Jerman yang rosak. Tugasan mereka menjadi lebih sukar kerana tidak menyangka kapal selam mereka diletup dan mereka yang tiada iringi dengan kapten terpaksa bermati-matian untuk melepaskan diri dari kawasan lautan musuh.

Pengajaran
Keberanian: sanggup menyamar menjadi sebagai pihak musuh (Jerman)untuk mandapat misi/ maklumat sulit musuh.


Pengarah
Jonathan Mostow

Pelakon
Matthew McConaughey
Jon Bon Jovi


1 comment: