Wednesday, September 30, 2009

Kebangkitan Kuasa Jepun

Kebangkitan Kuasa Jepun

1. Perang Dunia Kedua yang berlaku di Asia berpunca daripada kemunculan  Jepun sebagai kuasa besar.

2. Rakyat Jepun merupakan rakyat Asia yang pertama berjaya menentang kemaraan imperialisme Barat pada kurun ke-19

3. Pada pentengahan kurun ke-19, Jepun mengalami kemaraan kuasa  imperialisme, iaitu Amerika Syarikat.

4. Jepun dipaksa membuka pelabuhannya kepada pedagang Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

5. Ekoran daripada keadaan ini, kerajaan feudal Jepun telah digulingkan dan  bermulalah sati era yang dikenali sebagai pemulihan Meiji.

6. Pemerintahan Meiji berusaha memodenkan Negara Jepun untuk mengatasi     tekanan Barat.

7. Usaha-usaha pemodenan oleh Maharaja Mikado Meiji (1867-1912) membolehkan Jepun muncul sebagai Negara yang moden dan kuat.

8. Menjelang tahun 1890, Jepun telah menyediakan asas perindustrian, meluluskan perlembagaan bercorak Barat serta menubuhkan angkatan tentera darat dan laut yang moden dan kuat.

9. Selain itu Jepun turut mengadakan reformasi pendidikan berdasarkan sistem pendidikan barat

10. Pemodenan Jepun membolehakan Jepun melancarkan dasar imperialisme di Asia.

11. Kejayaan pemulihan Meiji terbukti melalui dua peristiwa peperangan :
      a) Kemenangan Jepun dalam Perang China (1894-1895).
      b) Kejayaan Jepun ke atas Rusia dalam Perang Rusia-Jepun (1905).

12. Kedudukan Jepun sebagai salah satu kuasa besar dunia terbukti semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918).

13. Keutuhan ekonomi menyebabkan Jepun muncul sebagai kuasa tentera terkuat di Asia
                        

14. Kekuatan tentera serta kebangkitan Jepun ini telah membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.

15. Beberapa tindakan menghalang perkembangan dan ancaman Jepun:
      a) Kuasa imperialis Barat menghadkan angkatan tentera laut masing-masing            iaitu angkatan laut imperialisme Barat dan Jepun melalui Persidangan           Washington pada tahun 1922.
      b) Kuasa-kuasa imperialisme bertindak menghalang kemasukan barang            dagangan Jepun ke tanah jajahan mereka.

16. Tindakan kuasa-kuasa imperialis Barat ini menyebabkan Jepun rasa tertekan dan terkepung lalu melancarkan dasar imperialismeTenggara.

No comments: