Mungkin tidak ramai di antara anda yang pernah mendengar printer 3D, namun teknologinya sebenarnya sudah agak lama berada di pasaran. Namun, oleh kerana kosnya yang terlalu tinggi, hanya institusi yang besar seperti universiti terkemuka dan syarikat kejuruteraan professional yang mempu memilikinya.
Form 1 merupakan sebuah printer 3D yang direka oleh jurutera-jurutera di Form Labs dengan pembiayaan  melalui laman web Kickstarter.com.
3d Printer 2

Latarbelakang

Percaya atau tidak, Form Labs hanya memerlukan pembiayaan sebanyak USD100,000 untuk mengilang produk mereka yang telah siap direka.
Melalui laman web Kickstarter.com, mereka menawarkan printer 3D Form 1 pada harga USD2,299 – USD 10,000 bergantung kepada pakej pembiayaan yang ingin anda pilih.
Form 1
Contoh objek yang dihasilkan dengan Printer 3D Form 1

Sejarah

Ahli kumpulan Form Labs merupakan penyelidik di Media Labs MIT (Massachusetts Institute of Technology) di mana ketika mereka menjadi penyelidik di sana, mereka memiliki akses kepada printer 3D yang berteknologi tinggi. Namun begitu, mereka mendapati bahawa 3D printer yang berkualiti dengan harga puluhan ribu dollar Amerika tersebut amat rumit untuk dikendalikan.
Dengan keazaman yang tinggi, mereka mula mengorak langkah untuk menghasilkan 3D printer yang berkualiti pada harga yang mampu dimiliki pereka-pereka biasa di mana proses ini telah mengambil masa selama 1 tahun untuk membangunkan 3D printer Form 1.

Printer 3D Form 1

Cara printer ini berfungsi ialah dengan memancarkan pancaran lazer ke permukaan resin plastik. Resin ini akan mengeras hanya apabila mengenai pancaran laser pada gelombang tertentu. Plastik yang telah mengeras diangkat dan proses diulang bagi setiap lapisan sehingga menjadi objek yang dikehendaki.
Printer 3D Form 1 terdiri dari 3 komponen utama:
1. Printer 3D Form 1
Menghasilkan objek beresolusi tinggi dengan hanya menekan butang.
2. Form Software
Software intuitif yang memudahkan proses printing supaya anda mempunyai lebih masa untuk merekabentuk.
3. The Form Finish Post-Processing Kit.
Set peralatan untuk membuat “finishing touches” pada hasil printing anda dan pada masa yang sama memastikan meja anda tidak berselerak.
Software
Tempoh tawaran pembiayaan telah tamat, namun anda boleh membuat tempahan Form 1 pada laman web Form Labs dengan harga USD3,299 namun hanya boleh dihantar ke USA, Canada dan negara-negara EU sahaja buat masa ini.