Wednesday, September 30, 2009

Saving private ryan



SINOPSIS CERITA
Saving private ryan mengisahkan peristiwa gerakan D-Day iaitu Amerika Syarikat menyelamatkan negara Perancis dari jajahan Jerman. Namun, dalam keadaan tergenting ini, seorang pengawai tentera diberi tugas dari pihak atasan untuk menyelamatkan seorang prabet yang bernama ryan (Matt damon) dan membawakannya pulang ke Amerika dengan selamat. Tujuan misi penyelamatan tersebut dibuat adalah atas rayuan si ibu ryan kepada kerajaan /pihak kuasa tentera dimana semua keempat-empat anak lelakinya yang menyertai tentera dan tiga daripadanya terkorban dalam medan perang. Oleh itu permintaan akhir ibu itu adalah memastikan anak bongsunya dikecualikan berperang.

Pegawai yang ditugaskan untuk menyelamatkan ryan ( Tom hank) yang diiringi 8 orang askar lain diarahkan menyertai pelaksanaan misi tersebut. Kesukaran misi mereka meyebabkan Satu demi satu daripada mereka terkorban untuk teruskan mencari prabet bernama ryan yang berada dikalangan beribu-ribu askar.

Di pengakhiran cerita ini, 7 daripada petugas terkorban (termasuk Tom hank) dalam pertempuran dengan tentera Jerman tetapi pelaksanakan misi tersebut berjaya menyelamatkan prabet ryan dan dikembalikan kepada ibunya.

Pengajaran
Pengorbanan: Sanggup mengadaikan nyawa untuk laksanakan misi selain dari berperang iaitu mencari dan membawa orang berkenaan tersebut dengan selamat..
 
Pengarah
Steven Spielberg

Pelakon
Tom hanks
Matt Damon


No comments: