Wednesday, September 30, 2009

buku-buku mengenai perang dunia



Fleets of World War II

Richard Worth


For the first time ever for a popular audience, an extraordinary single volume that describes-and assesses in no-holds-barred fashion-every navy that took part in the Second World War. For decades, the legions of World War II buffs interested in Allied and Axis naval history were limited to expensive, multi-volume works written for specialists. No longer will this be the case. Fleets of World War II, packed with data and illustrated throughout, is not a simple list of ships but a fascinating and often pungent appraisal of those ships and the fleets they served. Japan built the world's largest battleships with guns bigger than anything in the Allied arsenal-but was bigger in fact better? The British engaged in a wartime flurry of ship production-but did they build the ships they needed for victory? Fleets of World War II dispels the clutter, providing a straightforward appraisal that is nothing short of revelatory. A complete resource, the book includes every nation that took part in the war, along with the key neutrals. Each fleet is surveyed in totality, from the mighty battleships to the humble motor launches. The systematic, plain-English presentation makes for easy reference: nation by nation, ship by ship, with a multitude of details on design, strategy, and combat available nowhere else




World War II: The Definitive Visual History (Hardcover)

By DK Publishing

World War II is divided into nine chronological chapters, each introduced by a general overview of the military and political situation. This is followed by a comprehensive timeline, covering events in all theaters of the war. The opening chapter analyzes the build-up of hostility in the years leading up the war, both in Europe and in the Pacific. Similarly the final chapter analyzes the immediate and long-term consequences of the war and the way it has shaped recent history. In the chapters that cover the events of the war itself, the main spreads move from one theater of war to another but are linked by an easy-to-use system of cross referencing to earlier events and the consequences of the actions described on the spread. The main spreads are interspersed with features, eyewitness accounts, and galleries of weaponry and equipment.




The Real History of World War II: A New Look at the Past (Real History Series) (Hardcover)

by Alan Axelrod (Author)

In a refreshingly fearless, colloquial voice, acclaimed historian Alan Axelrod recounts the key events of World War II with unflagging humanity, drama, and straightforward explanations of their significance, weaving a story as engrossing and multifaceted as a great novel. As with the series’ first entry, The Real History of World War II remains authoritative, non-academic, and appealingly designed with illustrations, maps, and more. It’s a unique approach that makes this enormous saga understandable to every reader, and favors gripping storytelling over a strictly dry and plodding chronological account. Axelrod brings you right into every theater of the war, one by one, capturing all its most compelling events before moving on to the next. If, today, we see World War II as a titanic clash of good and evil, Axelrod effortlessly looks beyond this schism, putting facts above political interpretation in order to uncover the conflict’s roots and ramifications. He concisely explores the war’s ideological, nationalistic, and economic causes; probes the motivation of those involved, including Hitler, Mussolini, Stalin, Churchill, FDR, and Truman; and looks at its enduring political, global, social, and technological legacy. You’ll be able to understand the tragic legacy of Versailles, the full repercussions of the blitzkrieg, exactly what happened in the Holocaust, and why, in Japan, the war was less associated with one individual than with an ongoing militaristic and imperialist movement. In addition, this enlightening volume provides a concise narrative of the entire course of the struggle, which unfolded simultaneously in many places, thoroughly engulfing the world. The fresh insights and forthright analyses, the sidebars on such subjects as trivia and alternative histories, the eyewitness testimony and quotes, and the revealing, edgy attitude make this a pleasure to read like having an enjoyable conversation with a favorite teacher. History truly comes alive.



Titik Balik: D-DAY (Komik Sejarah Perang Dunia II)

Oleh Abnett , Wagner , Verma , Murray , Elson , William

Invasi D-Day adalah salah satu pertempuran penentu dalam Perang Dunia II. Pertempuran itu mengubah posisi Nazi Jerman dari menyerang menjadi bertahan.

Sekutu mengerahkan 1.000.000 orang dalam Invasi D-Day untuk pertahanan Nazi Jerman di pantai Normandia, Perancis, pada 6 Jun 1944. Komik ini tidak saja menghadirkan kembali sengitnya pertempuran, tetapi juga menghantar nilai-nilai kepemimpinan, kecerdikan dan kepahlawanan.

__________________________________

pelbagaian buku sila Klik sini







Play games flash ww2

You are an officer in command of a small troop of military in the midst of WWII. You have to guide your troops to safety. You get two or more options at certain points. You'll have to decide what would be the best course of action.

WW2-Commander

Link ke games flash ww2

Link ke games flash ww2

sebagai tentera Jerman mempertahankan kubu daripada cerobohan tentera amerika (D-Day)


Onslaught Flash - defend your base against enemy troops in WW2 game

Shared via AddThis

Game Flash ww2 sniper

Game description:
you are sniper ww2, help them defeat the nazi forces (stick man)


Hosted by Daily Free Games

Link website mengenai perang dunia

Link website mengenai perang dunia

Antara website-website yang terkemuka untuk mendapatkan maklumat mengenai perang dunia pertama dan kedua:



Link ke blog cikgu Sejarah :


video mengenai perang dunia


Video mengenai perang dunia 1 dan 2


Antaranya ialah:WWII world map,WW II , History of WW 2 ,History of World War Two in Asia, World War One: 1914 - 1918,Call To Arms - World War II animation,
















Pearl Harbor

Pearl Harbor merupakan pakalan tentera laut terbesar di Amerika Syarikat ,dimana berlaku satu peritiwa yang menyayat hati telah berlaku iaitu pada 7 december 1941 waktu lapan pagi di labuan pakalan laut tentera Honolulu, Pearl Harbor diserang oleh Jepun secara mengejut tanpa memberi tanda-tanda untuk berperang.

Peperangan ini merupakan permulaan perang dunia kedua di Asia dimana permusuhan antara Jepun dan Amerika Syarikat. Peperangan ini juga menyebabkan lebih dari 3 ribu anggota tentera di Pearl Harbor yang terkorban dalam serangan mengejut itu.

Jepun memulakan peperang ini dengan Amerika Syarikat disebabkan sekatan ekonomi yang dibuat ke atasnya . Perkara ini menimbulkan kemarahan Jepun yang pada masa itu sedang giat menjajahi negara Asia lain.

Dengan itu, Amerika Syarikat mula mengisytiharkan perang dunia kedua dan menyerang Jepun



The pianist



SISNOPSIS CERITA
The Pianist mengisahkan cerita benar seorang pemain piano ketika perang dunia II yang di adaptasikan didalam sebuah filem. Cerita berkisahkan ketika tentera Jerman menduduki Poland.Ia bermula pemindasan dan diskriminasi tentera Jerman terhadap orang-orang Yahudi yang ditemui dihalau dari rumah kediaman mereka serta ada juga yang dibunuh. Orang-orang Yahudi dikenalpasti memakai tanda bintang biru di bahagian kanan lengan baju mereka. Pianist (Adrien brody) merupakan seorang pemuda Yahudi pemain piano terkenal di sebuah bandar Poland.Beliau tinggal bersama dengan keluarganya, ketika kedatangan tentera Jerman, keluarganya turut dipisahkan tetapi beliau berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh rakyat Poland dimana beliau juga diberi perlindungan serta bekalan makanana yang terhad. Mereka yang menolongnya adalah bekas rakan pelakon dan penyanayi yang pernah bersamanya suatu ketika dulu. Beliau sembunyi daripada buruan tentera Jerman sehinggalah terpaksa keluar untuk mencari makanan.
Suasana perang ketika itu telah berubah dimana Jerman menghadapi kekalahan hari demi hari. Semasa beliau mencari makanan dan perlindungan ,beliau telah terserempak dengan seorang pengawai tentera Jerman yang bersimpati dengannya, terutamanya setelah mengetahui beliau seorang ahli pemuzik yang handal. Pegawai tersebut memberi perlindungan dan bekalan makanan kepadanya sehinggalah suasana perang Jerman kalah dan pihak bersekutu Rusia datang.
Ketika tawanan Jerman dikumpulkan, bekas pegawai tentera Jerman yang pernah menolong pemuda yahudi Pianist merayu supaya beliau diselamatkan.Walaupun akhirnya pemuda yahudi Pianist mengetahui identiti pengawai tentera Jerman tersebut tetapi gagal menemuinya.

Cerita ini mengambarkan keadaan sebenar bermula dan berakhir perang dunia II.(1939-1945) di Poland.

Pengajaran
Sifat kemanusiaan: Walaupun wujud kezaliman di kalangan tentera Jerman,tetapi terdapat pengawai tentera yang bersifat simpati dan berkemanusiaan ketika berperang.

Pengarah
Roman Polanski

Pelakon
Adrien Brody


">

U-571



SINOPSIS CERITA
U-571 mengisahkan mengenai sebuah kapal selam dimana kaptan dan anak buah kaptan (tentera laut) Amerika Syarikat dipakasa berkumpul ketika waktu malam serta merta untuk melaksanakan misi sulit yang berkaitan dengan kapal selam Jerman. Misi mereka adalah atas arahan pihak penyiasatan tentera laut yang mengarahkan mereka dapatkan "taipwriter khas" dan kod rahsia "taip writer" tersebut. Misi mengejut dan tidak jangka terpaksa melaksanakan pada masa itu juga oleh mereka kerana terdapat kapal selam Jerman mengalami kerosakan enjin dan berhenti berhampiran dengan tempat mereka.
Untuk menggelakkan musuh mengetahui entiti mereka, mereka terpaksa menyamar sebagai kapal selam bantuan Jerman untuk mendapatkan kod rahsia dan "taip writer khas" Jerman. Akhirnya mereka berjaya melaksanakan misi mereka ,tetapi malang sekali kapal selam mereka diletup oleh kapal selam bantuan Jerman yang sebenar.
Daripada berpuluh-puluh tentera hanya 9 anggota tentera yang terselamat yang ketika itu mereka masih berada lagi di kapal selam Jerman yang rosak. Tugasan mereka menjadi lebih sukar kerana tidak menyangka kapal selam mereka diletup dan mereka yang tiada iringi dengan kapten terpaksa bermati-matian untuk melepaskan diri dari kawasan lautan musuh.

Pengajaran
Keberanian: sanggup menyamar menjadi sebagai pihak musuh (Jerman)untuk mandapat misi/ maklumat sulit musuh.


Pengarah
Jonathan Mostow

Pelakon
Matthew McConaughey
Jon Bon Jovi


Saving private ryan



SINOPSIS CERITA
Saving private ryan mengisahkan peristiwa gerakan D-Day iaitu Amerika Syarikat menyelamatkan negara Perancis dari jajahan Jerman. Namun, dalam keadaan tergenting ini, seorang pengawai tentera diberi tugas dari pihak atasan untuk menyelamatkan seorang prabet yang bernama ryan (Matt damon) dan membawakannya pulang ke Amerika dengan selamat. Tujuan misi penyelamatan tersebut dibuat adalah atas rayuan si ibu ryan kepada kerajaan /pihak kuasa tentera dimana semua keempat-empat anak lelakinya yang menyertai tentera dan tiga daripadanya terkorban dalam medan perang. Oleh itu permintaan akhir ibu itu adalah memastikan anak bongsunya dikecualikan berperang.

Pegawai yang ditugaskan untuk menyelamatkan ryan ( Tom hank) yang diiringi 8 orang askar lain diarahkan menyertai pelaksanaan misi tersebut. Kesukaran misi mereka meyebabkan Satu demi satu daripada mereka terkorban untuk teruskan mencari prabet bernama ryan yang berada dikalangan beribu-ribu askar.

Di pengakhiran cerita ini, 7 daripada petugas terkorban (termasuk Tom hank) dalam pertempuran dengan tentera Jerman tetapi pelaksanakan misi tersebut berjaya menyelamatkan prabet ryan dan dikembalikan kepada ibunya.

Pengajaran
Pengorbanan: Sanggup mengadaikan nyawa untuk laksanakan misi selain dari berperang iaitu mencari dan membawa orang berkenaan tersebut dengan selamat..
 
Pengarah
Steven Spielberg

Pelakon
Tom hanks
Matt Damon


Enemy at the gate



SINOPSIS CERITA
Enemy at the gates mengisahkan kisah benar yang berlaku di Rusia pada Perang dunia kedua, dimana bandar utama di Rusia Stalingrad dikepung oleh tentera Jerman selama enam bulan . Orang-orang tempatan dibandar tersebut terputus bekalan makanan dan hampir mundur. Ini menyebabkan Rusia bermati-matian untuk menahankan negaranya dari dijajah oleh pihak Jerman. Jika bandar Stalingrad jatuh di tangan Jerman ,maka seluruh negara Rusia ditakluki oleh Jerman.

Walaupun peralatan ketenteraan Rusia tidak secanggih dengan Jerman , tetapi kekuatan semangat perjuangan Rusia kuat.Oleh itu, pegawai tentera Rusia (Joseph fiennes) menyebarkan akbar kehandalan seorang tenteranya penembak tepat yang bernama Vassili berjaya menembak beberapa pegawai tentera Jerman dan beliau (jude law) juga dikenali "hero" kepada Rusia.
Jerman terasa tergugat dengan kehadiran vasili dan terpaksa mencari seorang pegawai penembak tepat yang boleh menghapuskan vasili, tetapi ternyata usaha pegawai Jerman tersebut gagal.

Pengajaran
Semangat perjuangan: Untuk mendapat kemenangan bukan bergantung kepada pada tentera menggunakan senjata canggih tetapi semangat perjuangan (nasionalisme) yang kuat
 
Pengarah
Jean-Jacques

Pelakon
Jude Law
Joseph Fiennes


Map11



Pelan 11: Peta ini menunjukkan langkah demi langkah permulaan dan pengakhiran perang dunia kedua yang berlaku di bahagian Asia

Map 10



Pelan 10: Peta ini menunjukkan langkah demi langkah permulaan dan pengakhiran perang dunia kedua yang berlaku di bahagian Eropah

Map 9



Pelan 9: Peta ini menunjukkan serangan Jerman ke arah Rusia pada bulan Jun, ke had yang seterunya yang pernah dicapai sehingga ke selatan daerah (sektor) antara Orel dengan Rostov. Sepanjang tahun 1942 Jerman menambahkan barisan depannya di selatan ini ke arah Timur Ke Volga tetapi telah ditahan di Stalingrad. Setelah itu tenternya terpaksa berundur dari sepanjang barisan depan kerana mengalami kekalahan yang hebat. Pada musim bunga 1944 tentera Soviet telah menentang kedatangan Jerman ke Warsaw dan Balkan .Kemudian mereka, seperti juga tentera bersekutu yang tiba di Perancis dalam bulan Jun, 1944 telah memusatkan perhatian kepada Berlin.

Map 8



Pelan 8: Peta ini menerangkan pendaratan tentera Inggeris-Amerika di Casablanca Oran dan Algies dalam bulan November 1942 telah diikuti, setelah pertempuran hebat dengan serangan ke atas apa yang tersebut oleh Churchill sebagai "bawah-perut Paksi yang lembik" di Itali dalam tahun1943. Serangan-serangan ini telah membuka jalan kepada terbukanya "Barisan Kedua" di Perancis dalam bulan Jun 1944, dan kepada berkumpulnya tentera Berikat dari semua arah di Jerman.

Map 7



Pelan 7: Peta diatas menunujukan kedudukan negara masing-masing yang dijajah oleh pihak Jerman pada tahun 1942

Map 6



Pelan 6: Peta ini menunjukkan negara Poland selepas perang dunia pertama yang dipecah dari jajahan Jerman, dan disitu juga Jerman menceroboh dan menyerang ke atas bandar Warsaw (permulaan serangan perang dunia kedua).

Map 5



Pelan 5: Peta diatas menunujukan negara yang dilepaskan oleh kuasa
Jerman apabila kekalahan perang dunia pertamadijajah oleh Eropah
(ketika itu Eropah mengusai dunia) dan sebelum berlaku perang dunia
pertama

Map 4


Pelan 4: Peta ini menunjukkan peperangan dalam tahun 1914. Ia lebih merupakan peperangan di antara kuasa-kuasa besar dan hanya Serbia dan Belgium yang terlibat, kerana kedua-duanya telah diserang oleh kuasa-kuasa besar. Itali tidak memasuki peperangan selama hampir setahun dan Portugal telah digalakkan oleh Britain supaya memasuki peperangan disebelahnya.Rumania walaupun ada persetiannya 1883 dengan perikatan bertiga telah membuat tuntutan wilayah Rusia (di Bessarabia) dan Hungary (di Transylvania).Rusia pula menggalakkannya dalam dasar"Dermawan Berkecuali" dengan menjanjikan Bessarabia sebagai hadiah kepadanya. Turki kerana takutkan kuasa-kuasa pakatan akan membahagikannya dan tertarik dengan perikatan Jerman yang membolehkannya mengekalkan keseluruhan negerinya.

Map 3



Pelan 3: Peta ini menerangkan hubungan tidak baik antara Austria dengan Serbia, ini kerana negara Bosnia dan Montenegro disatukan menjadi kesatuan dengan Serbia dimana Austria telah memasukkan Bosnia ke dalam empayarnya pada tahun 1908

map 2



Pelan 2: Peta ini menunjukkan negara Afrika pada tahun 1875 yang dikenali sebagai "Afrika paling gelap". Namun bagaimanapun negara ini menjadi rebutan untuk dijajah oleh negara Eropah kerana ia dapat meluaskan kegiatan perdagangan dan ekonominya

Map 1





Pelan 1: Peta diatas menunujukan negara-negara yang dijajah oleh Eropah (ketika itu Eropah mengusai dunia) dan sebelum berlaku perang dunia pertama.

Adolf Hitler

Hitler

1. Adolf Hitler mengasaskan Parti Sosialis Kebangsaan (Parti Nazi) pada tahun 1919,     dengan menggunakan lambing “swastika”

2. Fahaman fasisme di Jerman dikenali sebagai fahaman Nazisme.

3. Idea-ideanya dan Parti Nazi telah dimuatkan dalam bukunya yang berjadul "Mein     Kampf" yang bermaksud perjuanganku

4. Hitler dan Parti Nazi berjaya membangkit semangat nasionalisme orang Jerman     dengan melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil

5. Fahaman Nazisme mempunyai cirri-ciri persamaan dengan fasisme di itali tetapi     Nazisme lebih mengutamakan kekejaman dan penghapusan bangsa yahudi yang     dianggap sebagai punca masalah di Jerman
                                                         
6. Adolf Hitler yang memimpin Parti Nazi dilantik sebagai Perdana Menteri Jerman yang     "Futrer"   (pemimpin)

7. Adolf Hitler yang memerintah secara kuku besi telah berjaya mengatasi masalah     pengangguran dan ekonomi Jerman.

8. Beberapa tindakan telah diambil oleh Hitler dalam usaha mengembalikan      kegemilangan bangsa Aryan dan Negara Jerman, iaitu:
      i. Mengirim tentera Jerman ke Saar dan Rhineland untuk menduduki daerah-daerah         tersebut
     ii. Larangan ke atas angkatan tentera tidak dihiraukan
    iii. Membina semula angkatan tentera darat dan udaranya
    iv. Hitler mencantumkan Austria dengan Jerman pada tahun 1938 walaupun ia     dilarang dalam Perjanjian Versailles.
    v.  Hitler juga membuat tuntutan semula terhadap kawasan yang diduduki oleh        bangsa Jerman di  Czechoslovakia. Pada peringkat awal, tuntutan ini dipertikai oleh Britain dan Perancis. Tetapi tuntutan Hitler ini diterima dalam rundingan di Munich.

Benito Mussolini

1. Masalah yang timbul dalam negara Itali ialah selepas perang dunia pertama,     iaitu ganjaran yang diperolehi (untuk mendapatkan tanah jajahan) tidak seberapa     berbanding Britain dan Perancis.

2. Berlakunya rakyat tidak berpuas hati dan wujudlah golongan bawahan memberontak.      kejadian ini membimbangkan masyarakat peniaga.

3. Parti Fasis yang ditubuhkan oleh Benito Mussolini pada tahun 1919 berazam     menghapuskan hura-hara.

4. Ia mendapat sokongan peniaga yang bimbang Itali akan menjadi negara komunis.

5. Gerakan Fasis berjaya mengambil alih kerajaan Itali pada tahun 1922.

6. Dengan rasminya Benito Mussolini memerintah secara diktator di negara Itali

7. Beliau membuat perubahan dan membangunkan Itali secara radikal

8. Beliau menebus maruah Itali dengan meluaskan tanah jajahan iaitu:
     i.   Menguasai Habsyah pada tahun 1936 dan Albania 1939
     ii.  Itali membuat pakatan dengan Jerman
     iii. Itali menyertai perang dunia kedua di pihak kuasa paksi pada tahun 1940
                  
                                     
9. Ekonomi negara Itali berjaya dipulihkan dan benito Mussolini memperbesarkan lagi     angkatan tentera Itali.

10. Perkembangan di negara Itali merupakan salah satu faktor tercetusnya perang       dunia  kedua.

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua

Kesan-kesan Perang Dunia Kedua
1. Perpecahan Negara Jerman :
    a) Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah berpecah kepada dua negara :
        i. Jerman Barat (politik demokrasi)
        ii. Jerman Timur (politik komunis)
    b) Tembok Berlin didirikan untuk memisahkan kedua-dua Negara yang           berlainan ideology ini.
    c) Penyatuan semula Jerman dilakukan pada tahun 1900 di mana Tembok  Berlin yang bersejarah ini diruntuhkan.
             

2. Kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru:
    a) Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa utama dunia selepas   Perang Dunia Kedua.
    b) Kehilangan kuasa Jerman dan Jepun membolehkan Amerika Syarikat da   Rusia mengambil  alih kedudukan kuasa utama
    c) Amerika Syarikat mengamalkan ideology demokrasi manakala Rusia         mengamalkan fahaman komunisme.
    d) Perang Dingin telah wujud antara kedua-dua kuasa besar ini.
    e) Walaubagaimanapun kedua-dua negara muncul sebagai Negara terkuat dan terkaya di dunia
     f) Oleh itu, kedua-dua kuasa besar ini berusaha untuk memperluas kuasa dan pengaruh masing-masing di dunia.
    g) Kesannya, beberapa Negara di Eropah Timur telah berpihak kepada Rusia   dan menjadi negara komunis.

3. Kesan ekonomi dan social:
    a) Ekonomi Negara-negara Eropah dan Asia telah merosot.
    b) Nilai mata wang jatuh dan inflasi nerleluasa.
    c) Kemusnahan teruk berlaku dalam sektor pertanian, perlombongan dan         perindustrian .
    d) Banyak orang kehilangan pekerjaan dan masalah pengangguran berleluasa.
    e) Berjuta-juta paun dibelanjakan ubtuk kos peperangan
    f) Berjuta-juta rakyat terkorban, termasuk lima juta orang Yahudi yang dibunuh         oleh tentera Nazi.
4. Penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Berssatu (PBB)
    a) Liga Bangsa yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua gagal memainkan peranan          dengan berkesan.
    b) Kuasa0kuasa besar dunia mahu menubuhkan satu pertubuhan baru untuk          menggantikan Liga Bangsa
    c) Matlamat utama penubuhan PBB ialah mengekalkan keamanan dan keselamatan di          dunia.
               

5. Keruntuhan empayar imperialisme Barat:
    a) Pejuang nasionalis tempatan mendapat inspirasi untuk menentang kuasa imperialis          selepas Pertang Dunia Kedua.
    b) Kuasa British dan Perancis mengalami kemerosotan di seluruh dunia selepas Perang          Dunia Kedua
    c) Status dan imej kuasa imperialis Barat jatuh apabila mereka dikalahkan oleh Jepun dalam  Perang Dunia Kedua.
    d) British yang merupakan kuasa imperialis yang paling besar sebelum perang telah          memberi kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahannya.
    e) Perancis yang merupakan kuasa imperialis kedua terbesar terpaksa melepaskan tanah  jajahannya di Asia Tenggara dan Afrika.
    f)  Amerika Syarikat pula melepaskan Filipina pada tahun 1946.
    g) Belanda melepaskan Indonesia pada tahun 1949.

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua
1. Kelemahan Perjanjian Versailles
     a) Dalam Perang Dunia Pertama, negara-nagara yang kalah dalam perang khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan dan dikenakan pelbagai denda dan sekatan yang berat.
     b) Jerman berpendapat bahawa perjanjian ini berat sebelah dan tidak
         adil kerana:
          i. Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang yang banyak.
          ii. Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan kepada Perancis dan Poland. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diduduki oleh Perancis.
         iii. Zon bebas tentera diwujudkan di Rhineland, iaitu satu wilayah yang               terletak di antara Jerman dan Perancis. Jerman dilarang menempatkan               tentera mereka di sini.
         iv. Angkatan tentera laut dan udara Jeraman telah dikurangkan dan              dihadkan
          v.Kesannya, Jerman hampir muflis.
         vi.Rakyat Jerman pula berasa tertindas dan tercabar dengan syarat-syarat              Perjanjian Versailles.
    c) Selain itu, Itali yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut berasa
         tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana pampasan yang
         diterima oleh Itali tidak sebanyak yang diterima oleh Perancis dan Poland.
    d) Tambahan pula, Itali tidak diberi sebarang wilayah baru sebaliknya
        Perancis dan Britain mendapat wilayah yang luas.
          

2. Kesan kemelesetan Ekonomi Dunia :
    a) Jerman dilanda inflasi yang teruk dan perbendaharaannya hampir muflis         akibat terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.
    b) Penderitaan dan kesengsaraan meyelubungi rakyat kelas menengah Jerman.         Selain itu, pengangguran juga berleluasa.
    c) Keadaan menjadi semakin runcing apabila kemelesetan ekonomi dunia         berlaku di antara tahun 1929-1933.
    d) Inflasi yang berlaku di Itali menyebabkan ramai rakyatnya menganggur.         Mereka bangun menentang dengan mengadakan tunjuk perasaan.
    e) Kesannya, kerajaan Jerman dan Itali memperkenalkan gerakan politik yang         radikal bagi mengatasi masalah ekonomi negara.
    f) Langkah ingin meluaskan pengaruh dan kuasa oleh Jerman dan Itali serta         membaiki taraf dan mengambilkan keutuhan ekonomi dalam negara turut         membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua.

3. Kemunculan Benito Mussolini fahaman Fasis:
    a) Penglibatan Itali dalam Perang Dunia Pertama dilihat sebagai satu usaha          pemimpinnya untuk mendapatkan lebih banyak tanah jajahan bagi           menampung rakyatnya yang semakin bertambah .
    b) Cita-cita Itali tidak tercapai dalam Perang Dunia Pertama kerana ganjaran          yang diperolehi tidak seberapa berbanding Britain dan Perancis.
    c) Gerakan politik bersifat radikal bermula di Itali apabila Benito Mussolini          menubuhkan Parti Fasis pada Mac 1919 di Milan .
    d) Parti Fasis memperoleh sokongan dari semua lapisan masyarakat Itali.
    e) Pada tahun 1922, Parto Fasis di bawah Benito Mussolini berjaya          mengambil alih teraju kerajaan (melalui rampasan kuasa) dan menubuhkan          kerajaan Fasis.
    f) Semua parti lain di Itali telah dibubarkan dan Itali diletakkan di bawah          pemerintahan satu parti sahaja iaitu Parti Fasis.
    g) Mussolini menjadi Perdana Menteri dan muncul sebagai pemerintah dictator di          Itali. Dengan itu, cabinet dan kerajaan tempatan dihapuskan .
    h) Mussolini telah mengambil langkah menguatkan angkatan tenteranya bagi          mengembalikan kegemilangan Itali semasa empayar Rom dahulu.
     i) Selain itu, beliau turut membangunkan Itali semula dan memulihkan kembali          ekonomi Itali melalui beberapa langakah yang radikal.
     j) Beliau cuba mengembalikan maruah bangsa Itali dengan meluaskan tanah          jajahannya seperti:
        i. Menyerang dan menguasai Habsyah (Ethiopia) di Timur Laut Afrika pada             tahun 1935.
        ii. Menguasai Albania pada tahun 1939.
        iii.Utali menyertai Perang Dunia Kedua di pihak kuasa-kuasa Paksi pada tahun             1940 iaitu berpakat dengan Jerman.
            

4. kemunculan Adolf Hitler dan fahaman Nazisme:
    a) Orang Jerman berasa bahawa mereka tidak diberi layanan yang adil dan          berperimanusiaan melalui Perjanjian Versailles.
    b) Keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun1930          orang Jerman amat memerlukan seorang peninpin yang berwibawa          mengembalikan kekuatan Jerman .
    c) Dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang runcing inilah munculnya          seorang wira Jerman , Adolf Hitler.
    d) Hitler membuat tuntutan terhadap hak-hak Jerman di Eropah.
    e) Jerman berjanji tidak akan mengancam kedaulatan Czechoslovakia tetapi          akhirnya menguasai Czechoslovakia pada awal tahun 1939.
    f) Rancangan Jerman untuk menyerang Poland menimbulkan kebimbangan          pihak Britain dan Perancis.
    g) Britain dan Perancis pula berjanji akan membantu serta melindungi Poland          sekiranya diserang oleh Jerman .
    h) Britain dan Perancis kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Jerman          apabila tentera Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.
    i)  Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

5. Kegagalan Liga Bangsa
    a) Perang Dunia Kedua dikatakan tercetus akibat kegagalan Liga Bangsa          memainkan peranan selaku pertubuhan antarabangasa yang          bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan sejagat.
    b) Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa          besar seperti Jerman dan Jepun
    c) Kegagalan Liga Bangsa berfungsi dengan baik dilihat         berpunca daripada          keengganan kuasa-kuasa besar di dunia menyertainya.

Peperangan di Lautan Pasifik

Peperangan di Lautan Pasifik

1. Perang Dunia Kedua di Asia meletus apabila Jepun meluaskan kuasanya di  tanah jajahan imperialisme Barat.

2. Pada tahun 1931, tentera Maharaja Jepun di Manchuria bertindak tanpa keizinan kerajaan awam di Tokyo dan berjaya menguasai seluruh Manchuria .

3. Selepas menguasai Manchuria, Jepun menambahkan tekanannya ke atas  China dan akhirnya Jepun menyerang China pada tahun 1937 dengan tujuan menguasai seluruh Negara itu.

4. Para pemimpin nasionalis yang melampau berpendapat bahawa kekuatan  tentera merupakan satu cara untuk menjamin keselamatan Jepun .

5. Dasar luar Jepun di Asia dan di kawasan Lautan Pasifik membimbangkan  Amerika Syarikat .
          

6. Jepun sangat memerlukan bahan mentah seperti minyak, getah asli, dan bijih timah kesan daripada perang dengan China.

7. Kebanyakan bahan mentah ini terdapat di negara-negara Asia Tenggara yang     dikuasai oleh imperialis Barat.

8. Jepun bertindak mengusai jajahan imperialis Barat di Asia Tenggara untuk     mendapatkan bekalan bahan mentah .

9. Pada masa yang sama, Jepun dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan  dalam usaha menyelesaikan isu di kawasan Lautan Pasifik dan Asia Timur.

10. Semasa perunding ini masih dijalankan, tanpa sebarang amaran tentera udara   Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour,   Honolulu pada 7 September 1941 .

11. Kejadian ini,mendorong Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas   Jepun.

12. Pada masa yang sama, Jepun mendarat di pantai Kelantan dan Filipina. Melalui   serangan ini, Jepun secara langsung terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
13. Jepun telah bersekutu dengan Jerman dan Itali untuk membentuk  Kuasa Paksi

14. Jepun akhirnya berjaya menguasai semua tanah jajahan imperialis  Barat di Asia Tenggara iaitu:
      a) Indo-China (Julai 1941)
      b) Filipina (Januari 1942)
      c) Seluruh Tanah Melatu termasuk Singapura (Mac 1942)
      d) Indonesia (Mac 1942)
      e) Burma (April1942)

15. Pada pertengahan tahun 1942, kuasa-kuasa Paksi mengalami kekalahan di  Asia dan juga di benua Eropah.

16. Angkatan tentera laut Jepun mengalami kekalahan di lautan Pasifik dan kemudian kalah lagi dalam pertempuran laut Coral dekatkepulauan Solomon  pada bulan Mei 1942.
                    

17. Kekalahan ini menandakan kemerosotan kusa Jepun di Asia.

18. Kuasa Jerman turut merosot ekoran terpaksa menyerah diri dan  berundur dari Rusia pada awal tahun 1943.

19. Seterusnya, tebtera Bersekutu menyerang Itali dan menjatuhkan  kerajaan Mussolini

20. Selepas tahun 1943, Jerman dan Jepun terpaksa mempertahanjan kedudukan masing-masing.

21. Tentera Britain dan Amerika Syarikat mendarat semula di Perancis.

22. Tentera Bersekutu seterusnya menyerang Jerman iaitu:
      a) Rusia menyerang Jerman dari bahagian timur .
      b) Amerika Syarikat dan Britain menyerang Jerman dari bahagian  barat.

23. Perang Dunia Kedua di Eropah tamat apabila tentera Rusia berjaya  memasuki Berlin. Adolf Hitler membunuh diri pada 30 April 1945.

24. Di lautan Pasifik pula, angkatan kaut Jepun mengalami kekalahan  dalam beberapa pertempuran dan pada pertengahan tahun 1945  kepulauan Jepun diserang oleh tentera Amerika Syarikat.

25. Pada awal bulan Ogos 1945, Amerika Syarikat telah menggugurkan  bom atom di dua Bandar raya Jepun, iaitu Hiroshima dan Nagasaki   ekoran keengganan Jepun menyerah kalah.

26. Bom atom digunakan buat kali pertama dalam sejarah telah  memusnahkan kedua-dua Bandar raya ini dan memaksa Jepun  menyerah kalah pada 2 September 1945.

Kebangkitan Kuasa Jepun

Kebangkitan Kuasa Jepun

1. Perang Dunia Kedua yang berlaku di Asia berpunca daripada kemunculan  Jepun sebagai kuasa besar.

2. Rakyat Jepun merupakan rakyat Asia yang pertama berjaya menentang kemaraan imperialisme Barat pada kurun ke-19

3. Pada pentengahan kurun ke-19, Jepun mengalami kemaraan kuasa  imperialisme, iaitu Amerika Syarikat.

4. Jepun dipaksa membuka pelabuhannya kepada pedagang Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

5. Ekoran daripada keadaan ini, kerajaan feudal Jepun telah digulingkan dan  bermulalah sati era yang dikenali sebagai pemulihan Meiji.

6. Pemerintahan Meiji berusaha memodenkan Negara Jepun untuk mengatasi     tekanan Barat.

7. Usaha-usaha pemodenan oleh Maharaja Mikado Meiji (1867-1912) membolehkan Jepun muncul sebagai Negara yang moden dan kuat.

8. Menjelang tahun 1890, Jepun telah menyediakan asas perindustrian, meluluskan perlembagaan bercorak Barat serta menubuhkan angkatan tentera darat dan laut yang moden dan kuat.

9. Selain itu Jepun turut mengadakan reformasi pendidikan berdasarkan sistem pendidikan barat

10. Pemodenan Jepun membolehakan Jepun melancarkan dasar imperialisme di Asia.

11. Kejayaan pemulihan Meiji terbukti melalui dua peristiwa peperangan :
      a) Kemenangan Jepun dalam Perang China (1894-1895).
      b) Kejayaan Jepun ke atas Rusia dalam Perang Rusia-Jepun (1905).

12. Kedudukan Jepun sebagai salah satu kuasa besar dunia terbukti semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918).

13. Keutuhan ekonomi menyebabkan Jepun muncul sebagai kuasa tentera terkuat di Asia
                        

14. Kekuatan tentera serta kebangkitan Jepun ini telah membimbangkan Amerika Syarikat dan Britain.

15. Beberapa tindakan menghalang perkembangan dan ancaman Jepun:
      a) Kuasa imperialis Barat menghadkan angkatan tentera laut masing-masing            iaitu angkatan laut imperialisme Barat dan Jepun melalui Persidangan           Washington pada tahun 1922.
      b) Kuasa-kuasa imperialisme bertindak menghalang kemasukan barang            dagangan Jepun ke tanah jajahan mereka.

16. Tindakan kuasa-kuasa imperialis Barat ini menyebabkan Jepun rasa tertekan dan terkepung lalu melancarkan dasar imperialismeTenggara.

Peristiwa Perang (di Eropah)

Peristiwa Perang (di Eropah)
1. Peperangan ini berlaku antara kuasa Paksi dengan kuasa Bersekutu.

2. Perang ini bermula di Eropah apabila Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939 .

3. Britain dan Perancis yang berpihak kepada Poland mengistiharkan perang terhadap Jeraman pada 3 September 1939.

4. Pada peringkat awal, Jerman di bawah Hitler melancarkan serangan yang dikenali “Blitzkreig” atau “serangan kilat” terhadap musuhnya.

5. Serangan biasanya dilakukan pada waktu fajar oleh kapal terbang Jerman dan akan disusuli oleh serangan tentera darat.

6. Hasil strategi perang yang teratur dan berkesan ini, Jerman dapat menawan Negara-nagara berikut:-


7. Dalam pertempuran Dunkirk, tentera British mengalami kekalahan teruk dan     terpaksa berundur ke Britain .
                                

8. Tentera Perancis pula terpaksa menyerah kalah dan jatuh ketangan Jerman pada bulan Jun 1940.

9. Selain itu, Hitler cuba menyerang kepulauan British tetapi tidak berjaya apabila     tentera udara British berjaya mengalahkan tentera Jerman dalam pertempuran Britain”.

10. Sekatan tahun 1941, Jerman hampir menguasai keseluruhan Eropah kecuali Rusia

11. Hitler turut menyerang Rusia pada bulan Jun 1941 ke atas Bandar Mascow dan Leningrad tetapi tentera Jerman dikalahkan oleh tentera Rusia di bawah pimpinan Zhukov

Pegenalan perang Dunia Kedua (1939-1945)

Pegenalan perang Dunia Kedua (1939-1945)

1. Perang Dunia Kedua berlaku lebih kurang 20 tahun selepas tamatnya           Perang Dunia Pertama(1914-1918).

2. Selepas Perang Dunia Pertama, pertelingkahan berterusan di kalangan      kuasa-kuasa besar di Eropah.

3. Perang ini berlanjutan selama lebih kurang tujuh tahun dan banyak     meninggalkan kesan di seluruh dunia.

4. Perang ini bermula di Eropah pada tahun 1939 dan seterusnya merebak ke     negara-negara Asia.

5. Perang ini merebak ke benua Asia kerana disebabkan penglibatan sebuah     kuasa besar Asia iaitu Jepun dalam perang tersebut.

6. Kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua dipecahkan     kepada dua pakatan iaitu Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutuan.

7. Perang Dunia Kedua dikatakan meletus kerana beberapa sebab yang     berhubung kait dengan kesan Perang Dunia Pertama.

              

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

1. Perang Dunia I telah meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada negara yang     kalah dalam perang terutamanya Jerman dan Austria-Hungary.

2. Hampir semua syarat dalam Perjanjian Versailles merugikan Jerman yang kalah     dalam perang.

3. Perang Dunia Pertama menyebabkan keruntuhan empayar Austria-Hungary :
    a) Semua negara di bawah naungannya mencapai kemerdekaan.
    b) Kemunculan Negara-negara baru seperti Hungary, Poland, Yugoslavia, dan         Czechoslovakia.
    c) Beberapa perubahan turut berlaku di kebanyakan sempadan Eropah.
    d) Pemerintahan Habsburg di Austria, Dinasti Hohenzollern di Hungary dan          pemerintahan Tsar di Rusia telah runtuh di Eropah.
    e) Austria dan Hungary telah berpisah dan muncul sebagai sebuah republik yang         berasingan.

4. Perang Dunia Pertama menyebabkan empayar Jerman merosot. Jerman telah     kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahanya.
                              

5. Kemunculan fahaman nasionalisme dan fahaman ini berkembang pesat di Rusia     dan Turki:
    a) Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah digulingkan dan sebuah kerajaan baru yang          bercorak republik telah dibentuk. Kerajaan ini dipimpin oleh Mustafa Kamal          Ataturk.
    b) Beberapa revolusi telah meletus selepas perang. Revolusi Rusia (1917) telah          berjaya menjatuhkan kerajaan beraja dan telah menubuhkan kerajaan          komunis yang pertama di dunia di bawah Lenin.
    c) Pengaruh nasionalisme dan komunisme turut tersebar ke benua Asia dan          kelihatan jelas dalam gerakan politik di China, India dan Asia Tenggara.

6. Kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat:
    a) Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun berpihak kepada Britain.
    b) Selain itu, Jepun juga berjaya menduduki beberapa kawasan jajahan Jerman
    c) Jepun telah muncul sebagai kuasa yang terkuat di rantau Asia timur.

7. Penubuhan Liga Bangsa
8. Perang Dunia Pertama turut meninggalkan banyak kesan sosial:
    a) Mengorbankan berjuta-juta askar dan orang awam.
    b) Memusnahkan banyak harta benda dan Negara-negara yang terlibat          mengalami kerugian .
    c) Kemiskinan berleluasa di Eropah, begitu juga dengan taraf kesihatan yang          semakin merosot.
    d) Ramai rakyat di Eropah menjadi pelarian

9. Perang Dunia Pertam turut meninggalkan kesan ekonomi yang teruk:
    a) Negara-negara yang terlibat terpaksa menanggung kos peperangan yang          begitu tinggi
    b) Inflasi dan pengangguran berleluasa di Eropah
    c) Kemerosotan ekonomi yang teruk berlaku Eropah.
    d) Negara-negara perindustrian di Eropah mengalami kerugian besar.          Kemusnahan sukar dipulihkan.
    e) Amerika dan Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi dunia yang utama         mengantikan negara-negara Eropah kerana kedua-dua kuasa ini beroperasi         semasa Perang Dunia Pertama.
    f) Kedudukan kewangan kebanyakan Negara Eropah, terutamanya Britain         terancam, sebaliknya Amerika dan Jepun semakin kaya dan makmur.
    g) Di Tanah Melayu, kesan Perang Dunia Pertama tidak begitu dirasai kecuali          satu serangan kapal perang Jerman, “Emban” di pelaburan Pulau Pinang          pada Oktober 1914.
    
     
   

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama
1. Peristiwa di Sarajevo yang berlaku pada 28 Jun 1914 merupakan faktor serta-merta yang     mencetus Perang Dunia Pertama.

2. Dalam peristiwa tersebut, Franz Ferdinand iaitu bakal Raja Austria dan isterinya Countess     Sophie telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia.

3. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menyerang     kedaulatan Serbia yang sudah lama menghasut rakyat Austria berbangsa Slav bangkit     menentang kerajaan Austria.

4. Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab sepenuhnya atas     pembunuhan itu dan tuduhan itu turut mendapat sokongan daripada Jerman.

5. Apabila Serbia enggan menerima tuduhan ini maharaja Austria Joseph I memohon bantuan     Jerman untuk menyerang Serbia.

6. Rusia sebagai sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria supaya jangan menggangu     kedaulatan Serbia. Rusia juga membuat persediaan ubtuk berperang.

7. Jerman menasihatkan agar Rusia menghentikan persiapannya untuk berperang tetapi     Rusia enggan.

8. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya Perancis.

9. Britain menyertai peperangan dengan pihak kepada Rusia dan Perancis.

                                    

10. Serangan Jerman ke atas Perancis melalui Belgium dirancangkan dengan cermat oleh       Jeneral Count Von Schlieffen dari Jerman.

11. Selain daropada Britain, Itali turut menyebelahi Rusia dan Perancis kira-kira selepas       sembilan bulan perang itu berlaku.

12. Perang yang berlarutan selama empat tahun ini turut memperlihatkan kerajaan Turki       Uthmaniyyah memihak kepada kuasa-kuasa Tengah.

13. Manakala kebanyakan Negara di luar Eropah yang lain seperti Jepun dan China       menyebelahi Pakatan Bertiga.

14. Hasil campur tangan Amerika pada tahun 1917 telah membawa kejayaan kepada pihak       Pakatan Bertiga.

15. Perang Dunia I tamat pada 29 Jun 1919 selepas Perjanjian Versailles ditandatangani di       antara pihak Berikat (Pakatan Bertiga) dengan Jerman .

Pengenalan Perang Dunia Pertama

Pengenalan Perang Dunia Pertama

1. Perang Dunia Pertama meletus akibat pertingkahan kuasa-kuasa besar di     Eropah yang hanya ingin menjaga kepentingan masing-masing.

2. Selain itu, semangat kebangsaan yang berkobar-kobar di kalangan rakyat di     Eropah menjadi punca perang ini.

3. Kuasa-kuasa besar yang bertelingkah di Eropah terbahagi kepada dua pihak     atau pakatan. Kedua-dua pakatan inilah yang memainkan peranan utama dalam     perang ini.

4. Kemunculan dua pihak ini berpunca daripada permusuhan antara Negara     Perancis dengan Jerman, dan antara Austria-Hungary dengan Rusia.

5. Permusuhan antara Jerman dan Perancis memang sudah lama berlaku dan     berpunca daripada tindakan Perancis yang menentang gerakan penyatuan     negeri-negeri Jerman.

6. Perancis bimbang penyatuan Jerman akan mengancam keselamatan negaranya     kerana:
    a) Penyatuan wilayah bermakna pertambahan tenaga manusia.
    b) Jerman akan menguasai bahan-bahan mentah dalam wilayah gabunganya.
    c) Jerman dijangka akan memperbesarkan tenteranya dengan pertambahan         penduduk.

7. Perancis yang tidak menyokong penyatuan Jerman telah memerangi Jerman     pada tahun 1820. Jerman pada masa itu terletak di bawah pemerintahan Otto     Von Bismarck.
                              

8. Perancis tewas kepada Jerman dalam perang ini dan Perjanjian Frankfurt     ditandatangani.

9. Akibatnya, Perancis terpaksa menyerahkan dua wilayahnya iaitu Alsace dan     Lorraine kepada Jerman.

10. Oleh yang demikian, Perancis sentiasa menunggu detik dan peluang yang        sesuai untuk membalas dendam.

11. Pada masa yang sama, Jerman ingin menjalin persahabatan dengan kerajaan       Austria-Hungary dan Rusia supaya kedua-dua kuasa ini tidak berpakat dengan       Perancis.

12. Namun demikian, kerajaan Austria-Hungary bermusuhan pula dengan Rusia        kerana kepentingan di Balkan.

13. Kedua-dua kuasa ini masing-masing cuba menguasai negeri-negeri Balkan .

14. Mahu atau tidak, Jerman terpaksa menyebelahi salah satu pihak sahaja        daripada kedua-dua pihak.

15. Akhirnya, Jerman mengambil keputusan memihak kepada kerajaan Austria-      Hungary.
16. Manakala, Rusia pula menjalinkan pakatan tentera dengan Perancis.Pakatan        
       ini digelar Pakatan Berdua (1879)

17. Britain pada mulanya enggan melibatkan diri dalam krisis tersebut, akhirnya Britain        terpaksa menyebelahi Perancis dan Rusia kerana:
      a) Bimbang terhadap kekuatan ekonomi Jerman
      b) Bimbang terhadap kekuatan tentera Jerman.

18. Perkembangan di Jerman menjelang tahun 1900:
      a) Pada tahun 1900, pengeluaran perindustrian Jerman mengatasi hasil            pengeluaran perindustrian Britain.
      b) Jerman mula mempertingkatkan kegiatannya dalam bidang perdagangan            dan penjajahan.
      c) Jerman mula memperkuat angkatan lautnya.

19. Perkembangan di Jerman membimbangkan Britain, Britain bertidak menyertai        Perancis dan Rusia dalam usaha membentuk Pakatan bertiga bagi  menghadapi        kuasa-kuasa Tengah (Jerman dan Austria-Hungary) pada tahun 1904.
   
 

Latar belakang berlaku Perang Dunia

Latar belakang berlaku Perang Dunia
1. Kesan Revolusi Perindustrian, imperialisme Barat telah muncul dan merebak ke
    seluruh dunia termasuk Asia Tenggara.

2. Lama-kelamaan persaingan antara kuasa-kuasa imperialis muncul untuk      meluaskan kuasa dan pengaruh masing-masing.

3. Persaingan antara kuasa-kuasa tersebut merupakan faktor utama yang     mencetuskan perang dunia pertama (1914-1918) dan perang dunia kedua     (1939-1945).

4. Perang dunia pertama tidak bersifat universal karana perang tersebut hanya      berlaku di kalangan negara-negara Eropah.

5. Perang dunia kedua dianggap sebagai perang dunia yang bersifat universal      kerana melibatkan kuasa-kuasa besar di Eropah, Asia, Amerika, serta Afrika.
                                              

6. Kedudukan politik Eropah pada pertengahan kurun ke-19 adalah berbeza dengan
kedudukan poltik pada kurun ke-20

7. Pada tahun 1850-an, Negara-negara seperti Jerman dan Itali masih belum wujud .

8. Semenanjung Itali pula berpecah kepada kerajaan kecil yang berdaulat.Hanya      pada tahun 1871, kerajaan-kerajaan kecil itu disatukan oleh Count Cavour di      bawah pemerintah Raja Emmanuel.

9.Negara Jerman hanya wujud pada tahun 1871. Keadaan Jerman sebelum
   penyatuanJerman oleh Bismarck.

10.Selepas penyatuan, Raja Wilhelm dipilih sebagai Kaiser Jerman dan Bismarck
     sebagai Canselor (Perdana Menteri).

11.Austria pula telah menerajui Empayar Austria-Hungary dan menguasai      sebahagian Eropah Tengah dan Eropah Tenggara.

12.Rusia telah mengusai Poland, manakala wilayah-wilayah di rantau Balkan       masih dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.

13.Hanya Greek mencapai kemerdekaan pada tahun 1829.
                                                                                                                               
 
 

Bab 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

Tingkatan : 5

Bab 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA.

Sub Tajuk : Konflik Antarabangsa.

Aras 1: Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua

Hasil Pembelajaran : Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat;
1. Mengenali negara-negara yang telibat dalam perang dunia .
2. Menyatakan sebab-sebab cetusnya perang dunia II .
3. Mengetahui keadaan dan kesan-kesan perang dunia

Unsur Patriotisme : Kesanggupan berjuang untuk mempertahankan negara.


Perubahan Tingkah Laku : Mempunyai semangat cinta akan negara.

Pengetahuan Sedia Ada :

1. Pelajar mengetahui serba sedikit tentang puncanya tercetus sejarah perang dunia.

  1. Tiada faedahnya berperang, malahan ia akan merugikan harta-benda dan ramai orang yang tidak berdosa akan terkorban.



sukatan huraian matapelajaran SEJARAH


sejarah tingkatan 5
Bab9