Wednesday, September 30, 2009

Peperangan di Lautan Pasifik

Peperangan di Lautan Pasifik

1. Perang Dunia Kedua di Asia meletus apabila Jepun meluaskan kuasanya di  tanah jajahan imperialisme Barat.

2. Pada tahun 1931, tentera Maharaja Jepun di Manchuria bertindak tanpa keizinan kerajaan awam di Tokyo dan berjaya menguasai seluruh Manchuria .

3. Selepas menguasai Manchuria, Jepun menambahkan tekanannya ke atas  China dan akhirnya Jepun menyerang China pada tahun 1937 dengan tujuan menguasai seluruh Negara itu.

4. Para pemimpin nasionalis yang melampau berpendapat bahawa kekuatan  tentera merupakan satu cara untuk menjamin keselamatan Jepun .

5. Dasar luar Jepun di Asia dan di kawasan Lautan Pasifik membimbangkan  Amerika Syarikat .
          

6. Jepun sangat memerlukan bahan mentah seperti minyak, getah asli, dan bijih timah kesan daripada perang dengan China.

7. Kebanyakan bahan mentah ini terdapat di negara-negara Asia Tenggara yang     dikuasai oleh imperialis Barat.

8. Jepun bertindak mengusai jajahan imperialis Barat di Asia Tenggara untuk     mendapatkan bekalan bahan mentah .

9. Pada masa yang sama, Jepun dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan  dalam usaha menyelesaikan isu di kawasan Lautan Pasifik dan Asia Timur.

10. Semasa perunding ini masih dijalankan, tanpa sebarang amaran tentera udara   Jepun menyerang pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour,   Honolulu pada 7 September 1941 .

11. Kejadian ini,mendorong Amerika Syarikat mengisytiharkan perang ke atas   Jepun.

12. Pada masa yang sama, Jepun mendarat di pantai Kelantan dan Filipina. Melalui   serangan ini, Jepun secara langsung terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
13. Jepun telah bersekutu dengan Jerman dan Itali untuk membentuk  Kuasa Paksi

14. Jepun akhirnya berjaya menguasai semua tanah jajahan imperialis  Barat di Asia Tenggara iaitu:
      a) Indo-China (Julai 1941)
      b) Filipina (Januari 1942)
      c) Seluruh Tanah Melatu termasuk Singapura (Mac 1942)
      d) Indonesia (Mac 1942)
      e) Burma (April1942)

15. Pada pertengahan tahun 1942, kuasa-kuasa Paksi mengalami kekalahan di  Asia dan juga di benua Eropah.

16. Angkatan tentera laut Jepun mengalami kekalahan di lautan Pasifik dan kemudian kalah lagi dalam pertempuran laut Coral dekatkepulauan Solomon  pada bulan Mei 1942.
                    

17. Kekalahan ini menandakan kemerosotan kusa Jepun di Asia.

18. Kuasa Jerman turut merosot ekoran terpaksa menyerah diri dan  berundur dari Rusia pada awal tahun 1943.

19. Seterusnya, tebtera Bersekutu menyerang Itali dan menjatuhkan  kerajaan Mussolini

20. Selepas tahun 1943, Jerman dan Jepun terpaksa mempertahanjan kedudukan masing-masing.

21. Tentera Britain dan Amerika Syarikat mendarat semula di Perancis.

22. Tentera Bersekutu seterusnya menyerang Jerman iaitu:
      a) Rusia menyerang Jerman dari bahagian timur .
      b) Amerika Syarikat dan Britain menyerang Jerman dari bahagian  barat.

23. Perang Dunia Kedua di Eropah tamat apabila tentera Rusia berjaya  memasuki Berlin. Adolf Hitler membunuh diri pada 30 April 1945.

24. Di lautan Pasifik pula, angkatan kaut Jepun mengalami kekalahan  dalam beberapa pertempuran dan pada pertengahan tahun 1945  kepulauan Jepun diserang oleh tentera Amerika Syarikat.

25. Pada awal bulan Ogos 1945, Amerika Syarikat telah menggugurkan  bom atom di dua Bandar raya Jepun, iaitu Hiroshima dan Nagasaki   ekoran keengganan Jepun menyerah kalah.

26. Bom atom digunakan buat kali pertama dalam sejarah telah  memusnahkan kedua-dua Bandar raya ini dan memaksa Jepun  menyerah kalah pada 2 September 1945.

1 comment:

Unknown said...

agak baik
ini fakta umum KBSM

farah minat sejarah ke?