Wednesday, September 30, 2009

The pianist



SISNOPSIS CERITA
The Pianist mengisahkan cerita benar seorang pemain piano ketika perang dunia II yang di adaptasikan didalam sebuah filem. Cerita berkisahkan ketika tentera Jerman menduduki Poland.Ia bermula pemindasan dan diskriminasi tentera Jerman terhadap orang-orang Yahudi yang ditemui dihalau dari rumah kediaman mereka serta ada juga yang dibunuh. Orang-orang Yahudi dikenalpasti memakai tanda bintang biru di bahagian kanan lengan baju mereka. Pianist (Adrien brody) merupakan seorang pemuda Yahudi pemain piano terkenal di sebuah bandar Poland.Beliau tinggal bersama dengan keluarganya, ketika kedatangan tentera Jerman, keluarganya turut dipisahkan tetapi beliau berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh rakyat Poland dimana beliau juga diberi perlindungan serta bekalan makanana yang terhad. Mereka yang menolongnya adalah bekas rakan pelakon dan penyanayi yang pernah bersamanya suatu ketika dulu. Beliau sembunyi daripada buruan tentera Jerman sehinggalah terpaksa keluar untuk mencari makanan.
Suasana perang ketika itu telah berubah dimana Jerman menghadapi kekalahan hari demi hari. Semasa beliau mencari makanan dan perlindungan ,beliau telah terserempak dengan seorang pengawai tentera Jerman yang bersimpati dengannya, terutamanya setelah mengetahui beliau seorang ahli pemuzik yang handal. Pegawai tersebut memberi perlindungan dan bekalan makanan kepadanya sehinggalah suasana perang Jerman kalah dan pihak bersekutu Rusia datang.
Ketika tawanan Jerman dikumpulkan, bekas pegawai tentera Jerman yang pernah menolong pemuda yahudi Pianist merayu supaya beliau diselamatkan.Walaupun akhirnya pemuda yahudi Pianist mengetahui identiti pengawai tentera Jerman tersebut tetapi gagal menemuinya.

Cerita ini mengambarkan keadaan sebenar bermula dan berakhir perang dunia II.(1939-1945) di Poland.

Pengajaran
Sifat kemanusiaan: Walaupun wujud kezaliman di kalangan tentera Jerman,tetapi terdapat pengawai tentera yang bersifat simpati dan berkemanusiaan ketika berperang.

Pengarah
Roman Polanski

Pelakon
Adrien Brody


">

No comments: