Monday, October 14, 2013
Thursday, September 26, 2013
Monday, September 23, 2013
Wednesday, September 18, 2013
Thursday, September 12, 2013
Latihan tutorial Macromedia Flash
BAHAN / RUJUKAN VIDEO BAGI LATIHAN TUTORIAL MACROMEDIA FLASH
1. LATIHAN PUZZLE
LINK : http://share.cx.com/mP6Srt
2. LATIHAN INSERT AUDIO
LINK : http://share.cx.com/YxKvsc
3.LATIHAN DRAG AND DROP (VIDEO X SEDIAKAN)
LINK : http://share.cx.com/KfDQrG
1. LATIHAN PUZZLE
LINK : http://share.cx.com/mP6Srt
2. LATIHAN INSERT AUDIO
LINK : http://share.cx.com/YxKvsc
3.LATIHAN DRAG AND DROP (VIDEO X SEDIAKAN)
LINK : http://share.cx.com/KfDQrG
Wednesday, September 11, 2013
Menjadi Freelance Designers
Blog ini menarik perhatian saya sebab belajar bidang IT ini bukan sahaja untuk pendidikan / or diploma.. ijazah untuk dapat kerja "makan gaji" sahaja, bahkan ia boleh bekerja sendiri tanpa ada majikan dan customer pulak sememangnya ada dan mempunyai permintaan yang berterusan.....
Blog ini memberi pandangan berdasarkan pengalaman beliau sebagai freelance.....
8 Cara Terkini Untuk Freelance Designers Mencari Duit Lebih Secara Pasif
Reseller Hosting
Sekiranya anda seorang web designer, anda perlu mendapatkan reseller hosting (aku cadangkan HOSTGATOR). Di dalam sebulan berapa banyak websites yang anda bina untuk keperluan pelanggan anda? Sekiranya keuntungan yang diperolehi melebihi modal, jadi anda boleh menggunakan Reseller Hosting ini.Anda tidak perlu membazirkan wang untuk beli Shared Hosting setiap kali pelanggan anda ingin bina laman web.

Ebook
Anda mempunyai masa yang terluang semasa tiada projek, anda patut buat satu EBOOK berkenaan dengan kerja anda. Sekiranya anda seorang graphic designer, anda boleh menjual TUTORIAL GRAPHIC DESIGN seperti Tutorial Photoshop, Tutorial Illustrator dan Tutorial Flash.
Set-kan satu laman web untuk menjual ebook anda (contohnya yang dibuat oleh aku, DVD RAJA GRAFIK MALAYA) dan promosikan menggunakan Forum, Adwords atau Facebook. Sebelum aku terbitkan DVD RAJA GRAFIK MALAYA ini, terlalu banyak emel bertanyakan tentang tutorial Adobe Photoshop dan dari situ-lah aku mempunyai idea untuk menambah pendapatan melalui penjualan DVD (atau ebook).
Consulting
Anda juga boleh buat kerja sebagai Consultant (atau web consultant) sekiranya anda sudah mahir dengan sesuatu bidang tersebut. Orang ramai sanggup membayar sejumlah wang yang besar dengan khidmat consultant ini. Anda boleh buat seminar tentang cara-cara membuat laman web, cara-cara design menggunakan Adobe Photoshop dan sebagai-nya.
Caj biasanya untuk consultant melalui YM, RM50/jam. Dan caj consultant secara bersemuka adalah RM100/jam. Atau anda boleh set-kan harga tetap untuk consultant grafik design (seperti banner, text effect, photo effects dan lain-lain).
T-shirt Design
Kebanyakan freelance graphic designer suka design t-shirt. Anda boleh design seberapa banyak t-shirt dan hantarkan kepada DESIGN BY HUMANS dan di-situ ahli web tersebut akan VOTE design anda dan pemenang boleh menangi wang tunai sejumlah $750 (shirt of the day), $1000 (shirt of the week) dan $1750 (shirt of the month).
Stock Photography
Harga kamera DSLR sekarang makin murah dan makin ramai yang mampu membelinya. Tapi tak ramai yang tahu cara-cara untuk mendapatkan wang poket daripada DSLR tersebut. Hehe.. Anda boleh meluangkan sedikit masa pada petang hari di taman-taman sekitar rumah anda, atau di tepi pantai sambil mengambil gambar. Anda boleh menjual gambar tersebut di laman web ISTOCKPHOTO. Kurangkan gambar pemandangan sahaja dan kalau boleh disertakan dengan gambar SEDANG BERAKSI. Anda faham maksud aku itu bukan? Buat gambar pemandangan itu sesuatu yang unik bukan pemandangan sahaja. :)
Graphic Vector
Anda telah pun mendapatkan DVD RAJA GRAFIK MALAYA? Di dalam DVD tersebut terdapat beribu file graphic vector dan anda boleh menggunakannya secara commercial. Tetapi anda tidak boleh menjual file graphic vector yang asal yang ada di dalam DVD tersebut.
Anda boleh ubah suai graphic vector di dalam DVD tersebut dan menjual-nya semula di GRAPHIC RIVER atau VIDEO HIVE dan dapatkan wang poket lebih. Sekiranya anda mempunyai masa lapang, boleh start from scratch untuk graphic vector. Boleh menggunakan idea daripada DVD tersebut.
Themes / Templates
Anda mempunyai dua pilihan untuk menjual templates laman web. Khas untuk web designer sahaja. (1) Buat template dalam bentul XHTML/CSS atau (2) Buat template yang boleh digunakan terus dalam WordPress atau Magento dan jual templates tersebut di dalam web THEME FOREST.
Sekiranya anda fulltime freelance web designer, anda pasti mempunyai keinginan untuk menjual-nya secara rasmi. Anda boleh set-kan satu laman web untuk anda sendiri dan menjual kesemua template-template hasil kerja anda sepertiWOOTHEMES dan STUDIOPRESS. Tetapi cara ini memakan masa yang lama dan hasil-nya juga amat lumayan. Siapa tahu suatu hari nanti anda boleh menandingi WOOTHEMES. :)
Affiliate Marketing
Cara ini yang paling banyak digunakan oleh freelance designer. Anda boleh meletakkan affiliate link untuk khidmat seperti hosting, templates, services dan lain-lain lagi. Sekiranya anda buat web consultant, boleh masukkan affiliate link semasa anda sedang berbincang dan mengajar pelanggan anda. Secara tidak langsung anda peroleh hasil komisyen daripada affiliate tersebut sekiranya pelanggan anda membuat belian.
Anda penulis blog? Buat review ikhlas tentang sesuatu produk tersebut dan guna affiliate link untuk setiap kali keyword affiliate tersebut digunakan. Kesemua Problogger seluruh dunia menggunakan teknik ini untuk hasilkan pendapatan secara pasif.
Monday, September 9, 2013
-penyampaian persembahan bercirikan animasi
-aplikasi online
-user friendly
link : www.powtoon.com
1.
Antaramuka powtoon
2.
Sign up terlebih dahulu... melalui facebook pun boleh
Seterusnya, pilih start untuk mulakan projek
Menu dan fungsi antaramuka powtoon
6.
background dan object (orang hitam) boleh dipilih pada menu bahagian kanan pilihan animation dan background. manakala timeline di bawah, ia juga boleh setkan masa dan add effect pada object tersebut.
SELAMAT MENCUBA!!
Sunday, September 8, 2013
ARTIKEL : DIGITAL ANIMATION
- MAJOR STUDIOS AND DIGITAL ANIMATION
- ACCESSIBLE TOOLS AND SOFTWARE
- MANIPULATING REALITY
- GAMES AS EDUCATIONAL TOOLS
Saturday, September 7, 2013
Monday, August 26, 2013
Friday, July 19, 2013
3D printing : make anything you want
Printer 3D Professional Mampu Milik
Mungkin tidak ramai di antara anda yang pernah mendengar printer 3D, namun teknologinya sebenarnya sudah agak lama berada di pasaran. Namun, oleh kerana kosnya yang terlalu tinggi, hanya institusi yang besar seperti universiti terkemuka dan syarikat kejuruteraan professional yang mempu memilikinya.
Form 1 merupakan sebuah printer 3D yang direka oleh jurutera-jurutera di Form Labs dengan pembiayaan melalui laman web Kickstarter.com.
Latarbelakang
Percaya atau tidak, Form Labs hanya memerlukan pembiayaan sebanyak USD100,000 untuk mengilang produk mereka yang telah siap direka.
Melalui laman web Kickstarter.com, mereka menawarkan printer 3D Form 1 pada harga USD2,299 – USD 10,000 bergantung kepada pakej pembiayaan yang ingin anda pilih.
Contoh objek yang dihasilkan dengan Printer 3D Form 1
Sejarah
Ahli kumpulan Form Labs merupakan penyelidik di Media Labs MIT (Massachusetts Institute of Technology) di mana ketika mereka menjadi penyelidik di sana, mereka memiliki akses kepada printer 3D yang berteknologi tinggi. Namun begitu, mereka mendapati bahawa 3D printer yang berkualiti dengan harga puluhan ribu dollar Amerika tersebut amat rumit untuk dikendalikan.
Dengan keazaman yang tinggi, mereka mula mengorak langkah untuk menghasilkan 3D printer yang berkualiti pada harga yang mampu dimiliki pereka-pereka biasa di mana proses ini telah mengambil masa selama 1 tahun untuk membangunkan 3D printer Form 1.
Printer 3D Form 1
Cara printer ini berfungsi ialah dengan memancarkan pancaran lazer ke permukaan resin plastik. Resin ini akan mengeras hanya apabila mengenai pancaran laser pada gelombang tertentu. Plastik yang telah mengeras diangkat dan proses diulang bagi setiap lapisan sehingga menjadi objek yang dikehendaki.
Printer 3D Form 1 terdiri dari 3 komponen utama:
1. Printer 3D Form 1
Menghasilkan objek beresolusi tinggi dengan hanya menekan butang.
2. Form Software
Software intuitif yang memudahkan proses printing supaya anda mempunyai lebih masa untuk merekabentuk.
3. The Form Finish Post-Processing Kit.
Set peralatan untuk membuat “finishing touches” pada hasil printing anda dan pada masa yang sama memastikan meja anda tidak berselerak.
Tempoh tawaran pembiayaan telah tamat, namun anda boleh membuat tempahan Form 1 pada laman web Form Labs dengan harga USD3,299 namun hanya boleh dihantar ke USA, Canada dan negara-negara EU sahaja buat masa ini.
sumber dari :http://techkini.com/komputer/form-1-printer-3d/
Thursday, April 18, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Sunday, April 14, 2013
e-softskills
PELAJAR BOLEH MENILAI PSIKOLOGI MELALUI E-SOFTSKILLS
softskills pelajar akan diberitahu melalui warna:
Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.
Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.
Dipetik dari blog : http://doktorcintaz.wordpress.com/category/rahsia-personaliti/
Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan
Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga.
Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.
Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Monday, January 21, 2013
'Graph Search'
Facebook lancar 'Graph Search'
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark Zuckerberg, berkata ia bertujuan membantu pengguna mendapatkan maklumat tambahan di Facebook yang tidak terdapat pada enjin carian web lain seperti Google.
Facebook dalam satu kenyataan berkata, usaha terbaru ini tidak seperti carian web tetapi ia adalah kaedah untuk mencari maklumat tertentu yang disimpan dalam arkib rangkaian dan kandungan kenalan anda.
“Setiap kandungan Facebook mempunyai pengguna tersendiri dan sebahagian besar kandungannya bukan untuk tatapan umum. Kami membangunkan Graph Search bermula dengan memikirkan hak privasi dan dapat menghormati hak pengguna dan kenalan terhadap kandungan yang dipaparkan di Facebook.
“Ini membolehkan proses mencari maklumat baru lebih, tetapi anda hanya boleh melihat kandungan yang dibenarkan ketika ini di Facebook,” katanya.
Zuckerberg berkata, Facebook juga akan menggunakan perkongsian kandungan dengan enjin carian ‘Microsoft Bing’ sebagai langkah terbaru bagi mencari kandungan yang ditempatkan di luar rangkaian sosial berkenaan.
“Saya tidak fikir ramai pengguna akan melayari Facebook semata-mata untuk melakukan carian web tetapi apa yang boleh dinyatakan ialah enjin carian ini sangat bermanfaat,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang untuk bekerjasama dengan Google tetapi Microsoft lebih bersedia untuk mewujudkan enjin carian itu dengan Facebook.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada rangkaian sosial itu adalah termasuk ‘friends who live in my city’, ‘people from my hometown who like hiking’, ‘friends of friends who have been to Yosemite National Park’, ‘software engineers who live in San Francisco and like skiing’, people who like things I like’ atau ‘people who like tennis and live nearby’
Zuckerberg berkata, platform ini bertujuan membolehkan pengguna mendapatkan sebarang data atau pertanyaan yang mereka mahu.
“Kami tidak mengindekskan di web ini, kami cuma mengindekskan peta pada enjin carian ini,” katanya.
Beliau berkata, fungsi baru ini membawa kembali kepada matlamat asal Facebook bagi membantu pengguna mewujudkan rangkaian baru.
“Ketika pertama kali dilancarkan, perkara utama yang kerap digunakan pengguna pada laman web ini adalah mencari maklumat, mengenali individu lain dan menambah kenalan baru,” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Teknologi, Jeff Kagan, berkata Graph Search mengembalikan tujuan asal Facebok bagi membolehkan pengguna mengakses enjin carian ini sebagai platform menambah kenalan baru.
Beliau berkata, langkah terbaru itu dijangka memberi cabaran hebat kepada Google.
“Jika saya pemilik Google, saya melihat ini sebagai satu amaran hebat daripada Facebook untuk tunduk kepada mereka. Ini bukan satu serangan serta merta tetapi untuk pada masa akan datang.
"Mampukah Facebook mengubah dunia enjin carian? Jika jawapannya ya maka ini adalah ancaman terbesar kepada Google,” katanya.
Penganalisis Pusat Penyelidikan Forrester, Nate Elliott pula berkata, inisiatif Facebook ini bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai pengguna terbabit dalam rangkaian sosial itu.
“Apa yang membimbangkan adalah andai enjin carian Facebook ini gagal berfungsi dengan baik pengguna tidak mampu menambah rakan atau jaringan mereka... rangkaian peribadi mereka akan menjadi kurang aktif dari semasa ke semasa,” kata Elliot.
“Namun, apa yang mungkin akan berlaku adalah... kami tidak pernah melihat pertambahan rakan secara ketara setiap pengguna ketika ini. Graph Search dilihat mampu menggalakkan pengguna untuk menambah lebih ramai kenalan dengan lebih cepat.
“Ini bermakna rangkaian peribadi pengguna berubah lebih kerap dan menjadi lebih aktif. Ini adalah kejayaan terbaik kepada Facebook,” kata Elliot. - AFP
(berita harian JAN 2013)
Sunday, January 20, 2013
Tuesday, January 15, 2013
Bagaimanakah Hasilkan Motion Komik?
Oleh: Syafiq Bakri
Tarikh: 12 Disember 2012
Bagi yang pertama kali mendengar istilah motion komik ini, ia ialah satu bentuk komik yang menggabungkan unsur-unsur komik pencetakan konvensional biasa dan animasi. Bagi yang masih belum jelas berkenaan konsep motion komik ini dan apa pula dengan animasi biasa, teruskan pembacaan anda. Perbezaan ketara Generasi awal motion komik ini dipelopori dengan persembahan daripada bahan mentah (ilustrasi komik) daripada komik bercetak itu sendiri, tetapi ia menggunakan gerakan animasi yang minimum yang sudah cukup untuk menarik perhatian penonton untuk terus setia mengikuti setiap episod yang ditayangkan Perbezaan dengan versi animasi sebenar dapat dilihat daripada ilustrasi motion komik itu sendiri, ia masih mengekalkan keaslian komik bercetak tanpa terlalu kelihatan seperti animasi asli biasa sepenuhnya. Selain itu, suara dan muzik bantuan yang tidak keterlaluan juga memberikan impak yang cukup besar terhadap motion komik. Teknik penyampaian yang digunakan juga memiliki sesuatu keajaiban yang membuatkan si penonton dapat merasakan mereka berada di alam komik itu sendiri walau pun pada hakikatnya mereka sedang menonton di desktop, komputer riba atau pun tablet mereka. Walaupun begitu, perbezaan antara generasi awal motion komik ini dilihat semakin berubah mengikut kecanggihan teknologi animasi yang digunakan yang semakin berkembang mengikut peredaran masa. Pelopor awal Contoh-contoh antara motion komik yang terawal dipelopori adalah sejak tahun 2001 lagi. Tetapi konsep itu sebenarnya telah mula-mula diperkenalkan semenjak pertengahan tahun 1960 dengan komik sains fiksyen daripada Philip K. Dick (The Zap Gun). Tetapi, pada tahun 2005, versi motion komik yang telah mengalami evolusi telah dikeluarkan oleh Lions Gate yang menghasilkan animasi komik Saw: Rebirth, salah satu animasi komik terawal yang dicipta untuk diterapkan dalam francais filem. Selepas itu, muncul beberapa nama besar seperti Warner Bros mulai ikut serta. Sehinggalah tahun 2012, pelbagai versi motion komik telah dihasilkan dan boleh ditonton. Beberapa motion komik telah berjaya menarik perhatian tontonan ramai daripada pelbagai genre. Antara yang memiliki peminatnya yang tersendiri adalah motion komik Axe Cop daripada Malachai Nicolle dan Ethan Nicolle dengan tinjauan di Youtube mendapati angka viewer yang menonton pada setiap episodnya mencecah hampir 200 ribu kali. Selain itu, karya motion komik dari Marvel juga memiliki peminat yang tersendiri. Salah satu episod yang ditayangkan Astonishing X-Men Motion Comic: Gifted-Episode 1 mencatatkan viewer sehingga hampir 500 ribu kali. Saranan kami, anda patut cuba mengikutinya. 7 Langkah Penghasilan Sebenarnya ini ialah platform yang boleh dipelopori sesiapa sahaja kerana pembikinannya tidak terlalu rumit seperti animasi biasa yang kadang kala memakan masa berbulan-bulan. Kos pembikinannya juga tidak terlalu besar cuma bergantung pada idea, kemahiran dan kemudahan yang anda miliki. Bagi yang memiliki kepentingan pekerjaan atau pun sekadar ingin mencuba-cuba, kami berikan tip untuk anda bagaimanakah untuk menghasilkan motion komik sendiri yang mana tahu mungkin menjadi kegilaan penonton-penonton di Malaysia nanti.
1) Isu rangka
Bagi yang ingin menghasilkan motion komik sendiri, perkara pertama yang perlu dilakukan menyediakan isu dan rangka komik yang akan dihasilkan motion komik itu terlebih dahulu. Ia akan melengkapkan portfolio bagi memastikan anda memiliki sesuatu naskhah karya yang benar-benar akan menyengat.
2) Analisis skrip
Skrip penting untuk sebuah motion komik yang baik kerana sama ada anda ingin mengubahnya dengan memasukkan suara watak atau pun mengekalkan skrip dalam bentuk tulisan, ia perlu sedikit terperinci bagi memastikan apa yang hendak disampaikan oleh anda sampai kepada penonton. Oleh itu, skripnya perlu dikemas kini mengikut rangka yang telah anda sediakan. Selain itu, anda perlu menjadikan pecahan skrip dalam bentuk yang mudah untuk diolah menjadi artwork kelak.
3) Storyboard
Ini bahagian terpenting dalam pembikinan motion komik kerana seperti animasi, ia akan memberikan gambaran awal secara visual yang akan mewakili skrip yang telah ditulis. Selalunya, apa yang dilakarkan di storyboard akan mewakili sepenuhnya apa yang akan dipaparkan di motion komik anda nanti. Jika ada pembetulan ataupun pengubah suaian yang dirasakan perlu, proses itu perlu dilakukan ketika pada langkah ini.
4) Reka bentuk
watak dan persekitaran Tentukan bagaimana watak-watak dan persekitaran yang melingkari motion komik anda akan kelihatan. Tentukan secara tetap kerana ia bakal menjadi wajah kepada motion komik anda sepenuhnya apabila dalam proses pembuatan kelak. Ketika di proses ini, anda perlu tetapkan warna, props dan sebagainya yang dirasakan membantu persembahan motion komik anda kelak.
5) Artwork untuk motion komik
Hasilkan komik biasa terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai motion komik dengan berlandaskan kepada stoaryboard yang dirangka dalam langkah terdahulu. Selain itu, anda perlu untuk mengasingkan artwork untuk dianimasikan, yang mana ia akan berada dalam lapisan yang berlainan sebagai panduan anda ketika menjadikan motion komik.
6) Animasi
Lazimnya, langkah ini dilakukan dengan bantuan perisian Adobe After Effects atau pun Adobe Flash dengan menambahkan kesan Visual F/X (VFX) seperti yang diperlukan. Jadi, anda perlukan sedikit kemahiran mengendalikan perisian ini bagi memastikan ia menghasilkan hasil yang baik.
7) Editorial
Rangkumkan keseluruhan animasi bersama-sama efek suara (SFX) yang bersesuaian. Kemaskan karya anda dengan membuat rujukan ke atas pelbagai karya motion komik yang telah dihasilkan sebelum-sebelum ini untuk mendapatkan idea yang lebih baik. Kini anda sudah memiliki motion komik anda sendiri.

Monday, January 7, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)