Wednesday, September 30, 2009

Pengenalan Perang Dunia Pertama

Pengenalan Perang Dunia Pertama

1. Perang Dunia Pertama meletus akibat pertingkahan kuasa-kuasa besar di     Eropah yang hanya ingin menjaga kepentingan masing-masing.

2. Selain itu, semangat kebangsaan yang berkobar-kobar di kalangan rakyat di     Eropah menjadi punca perang ini.

3. Kuasa-kuasa besar yang bertelingkah di Eropah terbahagi kepada dua pihak     atau pakatan. Kedua-dua pakatan inilah yang memainkan peranan utama dalam     perang ini.

4. Kemunculan dua pihak ini berpunca daripada permusuhan antara Negara     Perancis dengan Jerman, dan antara Austria-Hungary dengan Rusia.

5. Permusuhan antara Jerman dan Perancis memang sudah lama berlaku dan     berpunca daripada tindakan Perancis yang menentang gerakan penyatuan     negeri-negeri Jerman.

6. Perancis bimbang penyatuan Jerman akan mengancam keselamatan negaranya     kerana:
    a) Penyatuan wilayah bermakna pertambahan tenaga manusia.
    b) Jerman akan menguasai bahan-bahan mentah dalam wilayah gabunganya.
    c) Jerman dijangka akan memperbesarkan tenteranya dengan pertambahan         penduduk.

7. Perancis yang tidak menyokong penyatuan Jerman telah memerangi Jerman     pada tahun 1820. Jerman pada masa itu terletak di bawah pemerintahan Otto     Von Bismarck.
                              

8. Perancis tewas kepada Jerman dalam perang ini dan Perjanjian Frankfurt     ditandatangani.

9. Akibatnya, Perancis terpaksa menyerahkan dua wilayahnya iaitu Alsace dan     Lorraine kepada Jerman.

10. Oleh yang demikian, Perancis sentiasa menunggu detik dan peluang yang        sesuai untuk membalas dendam.

11. Pada masa yang sama, Jerman ingin menjalin persahabatan dengan kerajaan       Austria-Hungary dan Rusia supaya kedua-dua kuasa ini tidak berpakat dengan       Perancis.

12. Namun demikian, kerajaan Austria-Hungary bermusuhan pula dengan Rusia        kerana kepentingan di Balkan.

13. Kedua-dua kuasa ini masing-masing cuba menguasai negeri-negeri Balkan .

14. Mahu atau tidak, Jerman terpaksa menyebelahi salah satu pihak sahaja        daripada kedua-dua pihak.

15. Akhirnya, Jerman mengambil keputusan memihak kepada kerajaan Austria-      Hungary.
16. Manakala, Rusia pula menjalinkan pakatan tentera dengan Perancis.Pakatan        
       ini digelar Pakatan Berdua (1879)

17. Britain pada mulanya enggan melibatkan diri dalam krisis tersebut, akhirnya Britain        terpaksa menyebelahi Perancis dan Rusia kerana:
      a) Bimbang terhadap kekuatan ekonomi Jerman
      b) Bimbang terhadap kekuatan tentera Jerman.

18. Perkembangan di Jerman menjelang tahun 1900:
      a) Pada tahun 1900, pengeluaran perindustrian Jerman mengatasi hasil            pengeluaran perindustrian Britain.
      b) Jerman mula mempertingkatkan kegiatannya dalam bidang perdagangan            dan penjajahan.
      c) Jerman mula memperkuat angkatan lautnya.

19. Perkembangan di Jerman membimbangkan Britain, Britain bertidak menyertai        Perancis dan Rusia dalam usaha membentuk Pakatan bertiga bagi  menghadapi        kuasa-kuasa Tengah (Jerman dan Austria-Hungary) pada tahun 1904.
   
 

No comments: