Wednesday, September 30, 2009

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

1. Perang Dunia I telah meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada negara yang     kalah dalam perang terutamanya Jerman dan Austria-Hungary.

2. Hampir semua syarat dalam Perjanjian Versailles merugikan Jerman yang kalah     dalam perang.

3. Perang Dunia Pertama menyebabkan keruntuhan empayar Austria-Hungary :
    a) Semua negara di bawah naungannya mencapai kemerdekaan.
    b) Kemunculan Negara-negara baru seperti Hungary, Poland, Yugoslavia, dan         Czechoslovakia.
    c) Beberapa perubahan turut berlaku di kebanyakan sempadan Eropah.
    d) Pemerintahan Habsburg di Austria, Dinasti Hohenzollern di Hungary dan          pemerintahan Tsar di Rusia telah runtuh di Eropah.
    e) Austria dan Hungary telah berpisah dan muncul sebagai sebuah republik yang         berasingan.

4. Perang Dunia Pertama menyebabkan empayar Jerman merosot. Jerman telah     kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahanya.
                              

5. Kemunculan fahaman nasionalisme dan fahaman ini berkembang pesat di Rusia     dan Turki:
    a) Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah digulingkan dan sebuah kerajaan baru yang          bercorak republik telah dibentuk. Kerajaan ini dipimpin oleh Mustafa Kamal          Ataturk.
    b) Beberapa revolusi telah meletus selepas perang. Revolusi Rusia (1917) telah          berjaya menjatuhkan kerajaan beraja dan telah menubuhkan kerajaan          komunis yang pertama di dunia di bawah Lenin.
    c) Pengaruh nasionalisme dan komunisme turut tersebar ke benua Asia dan          kelihatan jelas dalam gerakan politik di China, India dan Asia Tenggara.

6. Kemunculan Jepun sebagai kuasa yang kuat:
    a) Semasa Perang Dunia Pertama, Jepun berpihak kepada Britain.
    b) Selain itu, Jepun juga berjaya menduduki beberapa kawasan jajahan Jerman
    c) Jepun telah muncul sebagai kuasa yang terkuat di rantau Asia timur.

7. Penubuhan Liga Bangsa
8. Perang Dunia Pertama turut meninggalkan banyak kesan sosial:
    a) Mengorbankan berjuta-juta askar dan orang awam.
    b) Memusnahkan banyak harta benda dan Negara-negara yang terlibat          mengalami kerugian .
    c) Kemiskinan berleluasa di Eropah, begitu juga dengan taraf kesihatan yang          semakin merosot.
    d) Ramai rakyat di Eropah menjadi pelarian

9. Perang Dunia Pertam turut meninggalkan kesan ekonomi yang teruk:
    a) Negara-negara yang terlibat terpaksa menanggung kos peperangan yang          begitu tinggi
    b) Inflasi dan pengangguran berleluasa di Eropah
    c) Kemerosotan ekonomi yang teruk berlaku Eropah.
    d) Negara-negara perindustrian di Eropah mengalami kerugian besar.          Kemusnahan sukar dipulihkan.
    e) Amerika dan Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi dunia yang utama         mengantikan negara-negara Eropah kerana kedua-dua kuasa ini beroperasi         semasa Perang Dunia Pertama.
    f) Kedudukan kewangan kebanyakan Negara Eropah, terutamanya Britain         terancam, sebaliknya Amerika dan Jepun semakin kaya dan makmur.
    g) Di Tanah Melayu, kesan Perang Dunia Pertama tidak begitu dirasai kecuali          satu serangan kapal perang Jerman, “Emban” di pelaburan Pulau Pinang          pada Oktober 1914.
    
     
   

2 comments:

Unknown said...

thanks for the info.
sangat mmbantu saya membuat assigment. =)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.