Wednesday, September 30, 2009

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua
1. Kelemahan Perjanjian Versailles
     a) Dalam Perang Dunia Pertama, negara-nagara yang kalah dalam perang khasnya Jerman dituduh memulakan peperangan dan dikenakan pelbagai denda dan sekatan yang berat.
     b) Jerman berpendapat bahawa perjanjian ini berat sebelah dan tidak
         adil kerana:
          i. Jerman dipaksa membayar pampasan atau ganti rugi perang yang banyak.
          ii. Jerman kehilangan banyak wilayah dan tanah jajahan kepada Perancis dan Poland. Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu diduduki oleh Perancis.
         iii. Zon bebas tentera diwujudkan di Rhineland, iaitu satu wilayah yang               terletak di antara Jerman dan Perancis. Jerman dilarang menempatkan               tentera mereka di sini.
         iv. Angkatan tentera laut dan udara Jeraman telah dikurangkan dan              dihadkan
          v.Kesannya, Jerman hampir muflis.
         vi.Rakyat Jerman pula berasa tertindas dan tercabar dengan syarat-syarat              Perjanjian Versailles.
    c) Selain itu, Itali yang menang dalam Perang Dunia Pertama turut berasa
         tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana pampasan yang
         diterima oleh Itali tidak sebanyak yang diterima oleh Perancis dan Poland.
    d) Tambahan pula, Itali tidak diberi sebarang wilayah baru sebaliknya
        Perancis dan Britain mendapat wilayah yang luas.
          

2. Kesan kemelesetan Ekonomi Dunia :
    a) Jerman dilanda inflasi yang teruk dan perbendaharaannya hampir muflis         akibat terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.
    b) Penderitaan dan kesengsaraan meyelubungi rakyat kelas menengah Jerman.         Selain itu, pengangguran juga berleluasa.
    c) Keadaan menjadi semakin runcing apabila kemelesetan ekonomi dunia         berlaku di antara tahun 1929-1933.
    d) Inflasi yang berlaku di Itali menyebabkan ramai rakyatnya menganggur.         Mereka bangun menentang dengan mengadakan tunjuk perasaan.
    e) Kesannya, kerajaan Jerman dan Itali memperkenalkan gerakan politik yang         radikal bagi mengatasi masalah ekonomi negara.
    f) Langkah ingin meluaskan pengaruh dan kuasa oleh Jerman dan Itali serta         membaiki taraf dan mengambilkan keutuhan ekonomi dalam negara turut         membawa kepada meletusnya Perang Dunia Kedua.

3. Kemunculan Benito Mussolini fahaman Fasis:
    a) Penglibatan Itali dalam Perang Dunia Pertama dilihat sebagai satu usaha          pemimpinnya untuk mendapatkan lebih banyak tanah jajahan bagi           menampung rakyatnya yang semakin bertambah .
    b) Cita-cita Itali tidak tercapai dalam Perang Dunia Pertama kerana ganjaran          yang diperolehi tidak seberapa berbanding Britain dan Perancis.
    c) Gerakan politik bersifat radikal bermula di Itali apabila Benito Mussolini          menubuhkan Parti Fasis pada Mac 1919 di Milan .
    d) Parti Fasis memperoleh sokongan dari semua lapisan masyarakat Itali.
    e) Pada tahun 1922, Parto Fasis di bawah Benito Mussolini berjaya          mengambil alih teraju kerajaan (melalui rampasan kuasa) dan menubuhkan          kerajaan Fasis.
    f) Semua parti lain di Itali telah dibubarkan dan Itali diletakkan di bawah          pemerintahan satu parti sahaja iaitu Parti Fasis.
    g) Mussolini menjadi Perdana Menteri dan muncul sebagai pemerintah dictator di          Itali. Dengan itu, cabinet dan kerajaan tempatan dihapuskan .
    h) Mussolini telah mengambil langkah menguatkan angkatan tenteranya bagi          mengembalikan kegemilangan Itali semasa empayar Rom dahulu.
     i) Selain itu, beliau turut membangunkan Itali semula dan memulihkan kembali          ekonomi Itali melalui beberapa langakah yang radikal.
     j) Beliau cuba mengembalikan maruah bangsa Itali dengan meluaskan tanah          jajahannya seperti:
        i. Menyerang dan menguasai Habsyah (Ethiopia) di Timur Laut Afrika pada             tahun 1935.
        ii. Menguasai Albania pada tahun 1939.
        iii.Utali menyertai Perang Dunia Kedua di pihak kuasa-kuasa Paksi pada tahun             1940 iaitu berpakat dengan Jerman.
            

4. kemunculan Adolf Hitler dan fahaman Nazisme:
    a) Orang Jerman berasa bahawa mereka tidak diberi layanan yang adil dan          berperimanusiaan melalui Perjanjian Versailles.
    b) Keadaan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing pada tahun1930          orang Jerman amat memerlukan seorang peninpin yang berwibawa          mengembalikan kekuatan Jerman .
    c) Dalam keadaan ekonomi, politik dan sosial yang runcing inilah munculnya          seorang wira Jerman , Adolf Hitler.
    d) Hitler membuat tuntutan terhadap hak-hak Jerman di Eropah.
    e) Jerman berjanji tidak akan mengancam kedaulatan Czechoslovakia tetapi          akhirnya menguasai Czechoslovakia pada awal tahun 1939.
    f) Rancangan Jerman untuk menyerang Poland menimbulkan kebimbangan          pihak Britain dan Perancis.
    g) Britain dan Perancis pula berjanji akan membantu serta melindungi Poland          sekiranya diserang oleh Jerman .
    h) Britain dan Perancis kemudiannya mengisytiharkan perang terhadap Jerman          apabila tentera Jerman menyerang Poland pada 1 September 1939.
    i)  Peristiwa ini telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

5. Kegagalan Liga Bangsa
    a) Perang Dunia Kedua dikatakan tercetus akibat kegagalan Liga Bangsa          memainkan peranan selaku pertubuhan antarabangasa yang          bertanggungjawab ke atas keselamatan dan keamanan sejagat.
    b) Liga Bangsa gagal menyekat pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa          besar seperti Jerman dan Jepun
    c) Kegagalan Liga Bangsa berfungsi dengan baik dilihat         berpunca daripada          keengganan kuasa-kuasa besar di dunia menyertainya.

No comments: