Wednesday, September 30, 2009

Map 4


Pelan 4: Peta ini menunjukkan peperangan dalam tahun 1914. Ia lebih merupakan peperangan di antara kuasa-kuasa besar dan hanya Serbia dan Belgium yang terlibat, kerana kedua-duanya telah diserang oleh kuasa-kuasa besar. Itali tidak memasuki peperangan selama hampir setahun dan Portugal telah digalakkan oleh Britain supaya memasuki peperangan disebelahnya.Rumania walaupun ada persetiannya 1883 dengan perikatan bertiga telah membuat tuntutan wilayah Rusia (di Bessarabia) dan Hungary (di Transylvania).Rusia pula menggalakkannya dalam dasar"Dermawan Berkecuali" dengan menjanjikan Bessarabia sebagai hadiah kepadanya. Turki kerana takutkan kuasa-kuasa pakatan akan membahagikannya dan tertarik dengan perikatan Jerman yang membolehkannya mengekalkan keseluruhan negerinya.

No comments: