Wednesday, September 30, 2009

Benito Mussolini

1. Masalah yang timbul dalam negara Itali ialah selepas perang dunia pertama,     iaitu ganjaran yang diperolehi (untuk mendapatkan tanah jajahan) tidak seberapa     berbanding Britain dan Perancis.

2. Berlakunya rakyat tidak berpuas hati dan wujudlah golongan bawahan memberontak.      kejadian ini membimbangkan masyarakat peniaga.

3. Parti Fasis yang ditubuhkan oleh Benito Mussolini pada tahun 1919 berazam     menghapuskan hura-hara.

4. Ia mendapat sokongan peniaga yang bimbang Itali akan menjadi negara komunis.

5. Gerakan Fasis berjaya mengambil alih kerajaan Itali pada tahun 1922.

6. Dengan rasminya Benito Mussolini memerintah secara diktator di negara Itali

7. Beliau membuat perubahan dan membangunkan Itali secara radikal

8. Beliau menebus maruah Itali dengan meluaskan tanah jajahan iaitu:
     i.   Menguasai Habsyah pada tahun 1936 dan Albania 1939
     ii.  Itali membuat pakatan dengan Jerman
     iii. Itali menyertai perang dunia kedua di pihak kuasa paksi pada tahun 1940
                  
                                     
9. Ekonomi negara Itali berjaya dipulihkan dan benito Mussolini memperbesarkan lagi     angkatan tentera Itali.

10. Perkembangan di negara Itali merupakan salah satu faktor tercetusnya perang       dunia  kedua.

No comments: