Wednesday, September 30, 2009

Latar belakang berlaku Perang Dunia

Latar belakang berlaku Perang Dunia
1. Kesan Revolusi Perindustrian, imperialisme Barat telah muncul dan merebak ke
    seluruh dunia termasuk Asia Tenggara.

2. Lama-kelamaan persaingan antara kuasa-kuasa imperialis muncul untuk      meluaskan kuasa dan pengaruh masing-masing.

3. Persaingan antara kuasa-kuasa tersebut merupakan faktor utama yang     mencetuskan perang dunia pertama (1914-1918) dan perang dunia kedua     (1939-1945).

4. Perang dunia pertama tidak bersifat universal karana perang tersebut hanya      berlaku di kalangan negara-negara Eropah.

5. Perang dunia kedua dianggap sebagai perang dunia yang bersifat universal      kerana melibatkan kuasa-kuasa besar di Eropah, Asia, Amerika, serta Afrika.
                                              

6. Kedudukan politik Eropah pada pertengahan kurun ke-19 adalah berbeza dengan
kedudukan poltik pada kurun ke-20

7. Pada tahun 1850-an, Negara-negara seperti Jerman dan Itali masih belum wujud .

8. Semenanjung Itali pula berpecah kepada kerajaan kecil yang berdaulat.Hanya      pada tahun 1871, kerajaan-kerajaan kecil itu disatukan oleh Count Cavour di      bawah pemerintah Raja Emmanuel.

9.Negara Jerman hanya wujud pada tahun 1871. Keadaan Jerman sebelum
   penyatuanJerman oleh Bismarck.

10.Selepas penyatuan, Raja Wilhelm dipilih sebagai Kaiser Jerman dan Bismarck
     sebagai Canselor (Perdana Menteri).

11.Austria pula telah menerajui Empayar Austria-Hungary dan menguasai      sebahagian Eropah Tengah dan Eropah Tenggara.

12.Rusia telah mengusai Poland, manakala wilayah-wilayah di rantau Balkan       masih dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah.

13.Hanya Greek mencapai kemerdekaan pada tahun 1829.
                                                                                                                               
 
 

No comments: