Wednesday, September 30, 2009

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama

Faktor-faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama
1. Peristiwa di Sarajevo yang berlaku pada 28 Jun 1914 merupakan faktor serta-merta yang     mencetus Perang Dunia Pertama.

2. Dalam peristiwa tersebut, Franz Ferdinand iaitu bakal Raja Austria dan isterinya Countess     Sophie telah dibunuh oleh seorang nasionalis Serbia.

3. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk menyerang     kedaulatan Serbia yang sudah lama menghasut rakyat Austria berbangsa Slav bangkit     menentang kerajaan Austria.

4. Kerajaan Austria menuduh kerajaan Serbia bertanggungjawab sepenuhnya atas     pembunuhan itu dan tuduhan itu turut mendapat sokongan daripada Jerman.

5. Apabila Serbia enggan menerima tuduhan ini maharaja Austria Joseph I memohon bantuan     Jerman untuk menyerang Serbia.

6. Rusia sebagai sekutu Serbia memberi amaran kepada Austria supaya jangan menggangu     kedaulatan Serbia. Rusia juga membuat persediaan ubtuk berperang.

7. Jerman menasihatkan agar Rusia menghentikan persiapannya untuk berperang tetapi     Rusia enggan.

8. Akhirnya, Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia dan sekutunya Perancis.

9. Britain menyertai peperangan dengan pihak kepada Rusia dan Perancis.

                                    

10. Serangan Jerman ke atas Perancis melalui Belgium dirancangkan dengan cermat oleh       Jeneral Count Von Schlieffen dari Jerman.

11. Selain daropada Britain, Itali turut menyebelahi Rusia dan Perancis kira-kira selepas       sembilan bulan perang itu berlaku.

12. Perang yang berlarutan selama empat tahun ini turut memperlihatkan kerajaan Turki       Uthmaniyyah memihak kepada kuasa-kuasa Tengah.

13. Manakala kebanyakan Negara di luar Eropah yang lain seperti Jepun dan China       menyebelahi Pakatan Bertiga.

14. Hasil campur tangan Amerika pada tahun 1917 telah membawa kejayaan kepada pihak       Pakatan Bertiga.

15. Perang Dunia I tamat pada 29 Jun 1919 selepas Perjanjian Versailles ditandatangani di       antara pihak Berikat (Pakatan Bertiga) dengan Jerman .

No comments: