Sunday, April 1, 2012

Kecerdasan Buatan Artificial Intelligence- Posted by Ensiklopedia Pendidikan Malaysia
Kecerdasan Buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence) atau lebih dikenali sebagai AI adalah kajian dan kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi-fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer di pertengahan tahun 1950-an.

Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

Program AI mempunyai banyak aplikasi. Ia digunakan oleh institusi kewangan, saintis, ahli psikologi, pengamal perubatan, jurutera rekabentuk, perancang bandar, dan perkhidmatan keselamatan, dan pelbagai lagi. Teknik AI juga diterapkan dalam sistem yang digunakan untuk melayari Internet.

Program AI cenderung digunakan secara khusus untuk tugas-tugas tertentu. Ia boleh digunakan dalam permainan komputer, meramal pergerakan saham, menafsirkan foto-foto, mendiagnosis penyakit, merancang perjalanan, menterjemah bahasa, melakarkan analogi, membantu membina mesin yang kompleks, mengajar logik, menulis muzik, membuat gambar, dan belajar untuk melakukan tugas-tugas dengan lebih baik.

Program AI menjalankan beberapa tugas-tugas ini dengan baik. Contoh paling terkenal kegunaan AI adalah superkomputer Deep Blue yang mengalahkan juara catur dunia Garry Kasparov pada tahun 1997. Dalam permainan catur ini, Deep Blue memanfaatkan pemprosesan selari (pemprosesan aplikasi komputer yang berjalan serentak dan berkait) untuk memproses 200 juta pergerakan catur per saat. Program AI lazimnya lebih baik daripada manusia dalam meramal harga saham, dan ia boleh mencipta kejayaan jangka panjang dalam rancangan perniagaan.

Program AI digunakan dalam perdagangan elektronik untuk mengesan kemungkinan penipuan, menggunakan algoritma yang kompleks, dan digunakan untuk transaksi kewangan bernilai jutaan setiap hari. Program AI juga dapat meniru perilaku manusia yang kreatif. Sebagai contoh, muzik yang dihasilkan oleh program AI sukar dibezakan dengan komposisi oleh komposer terkenal.

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk membina kecerdasan buatan buat masa ini. Contoh-contoh utama termasuk :

Logik Kabur : Menggunakan logik kabur untuk mencapai pilihan optimum. Berdasarkan intuisi manusia dan sangat mudah untuk direka.

Jaringan Neural (bahasa Inggeris: Neural Network): Dimodel dari interaksi antara neuron sebenar. Berkemampuan untuk belajar dari set data-data sedia ada untuk meramal output.

Algoritma Genetik : Menggunakan model berasaskan konsep evolusi (mutasi, perkongsian genetik, keupayaan hidup) untuk menghasilkan penyelesaian termudah untuk sesuatu masalah.

Oleh kerana bidang ini masih muda berbanding dengan cabang-cabang sains lain masih tiada jaminan cara yang mana yang akan boleh menghasilkan AI yang sebenar (true AI); AI yang mampu meniru 100% cara manusia berfikir.

Tuesday, March 20, 2012

em.. ada juga boleh dapat laptop free... berani?

Sunday, March 18, 2012






Apa itu Windows 8? try demo

http://www.stardock.com/products/start8/

Windows 8 merupakan sistem operasi terbaru daripada Microsoft dan dijangka akan dilancarkan kepada umum menjelang pertengahan tahun 2012.

Windows 8 bukan lagi nama “final” sebab kemungkinan nama “final” akan diumumkan ketika Windows 8 dalam versi RTM (release to manufacturing).

Satu OS untuk pelbagai jenis peranti

Microsoft ingin menjadikan Windows 8 sebagai satu OS untuk pelbagai jenis peranti seperti computer desktop, laptop, ultrabook, netbook, tablet dan sebagainya.

Berbanding Apple yang mengeluarkan Mac OS X untuk computer dan laptop dan iOS untuk tablet, Microsoft cuba mewujudkan ekosistem yang sekata antara semua peranti seperti yang disebut di atas. Google pula mengeluarkan Chrome OS untuk peranti Chromebook dan Android untuk computer tablet dan ia mewujudkan jurang kerana OS tersebut tidak berinteraksi dengan baik antara satu sama lain.

Contoh lebih mudah, apps atau games untuk Windows 8 boleh digunakan pada komputer, desktop, tablet. laptop tak kira berapa inci saiz dan resolution serta kaedah input seperti tetikus, keyboard dan touch screen.

Berbanding di iOS atau Android dimana pembangun perisian terpaksa membuat aplikasi untuk resolusi berbeza, processor berbeza dan sebagainya yang melambatkan

Lebih lanjut link:

http://jomphp.com/ulasan-mengenai-windows-8-developer-preview-bahagian-1.html

Tuesday, August 2, 2011


They say in Shanghai, “No money, no love.” Now, it’s no iPad, no education.



It’s probably the most avaricious city on the planet (next to New York).

But no iPad, no education? It could only happen here.

A professor at Shanghai Maritime University said his students must buy iPads during the summer vacation or he won’t teach them.

“This does not reflect the wealth of your family,” he wrote on his microblog, “it (getting an iPad) reflects your ability.”

Liang Zhenyu (梁振宇) also insisted that male students in his finance classes must wear a suit, shirt and tie.

Females, meanwhile, had to wear makeup and look crisp.

Faced with a backwash of criticism, Liang backtracked to say that he wasn’t saying iPads were mandatory, just helpful.

He even suggested it would save students money as they would not have to buy expensive calculators and recording equipment to tape his lectures.

Source: City Evening News, MSN China